Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Wednesday, January 12, 2011

SEGMEN : MADAH PUJANGGA

   SEGMEN : MADAH PUJANGGA

BEN ASHAARI

   Ayuhai hati!!Janganlah kau bermuram durja.Masih ada esok buatmu untuk bertemu teman-teman.Andai saat ini masa sentiasa mengejarmu, kau tunggulah pabila masa mula alpa.Maka rebutlah akan peluang yang menjengah.Kata orang, hidup seperti roda.Sebentar kau di atas, sebentar kau di bawah.Maka anggaplah saat ini kau sedang diuji.Bangkitlah kembali dengan semangat yang tinggi.

   Jangan kau hiraukan keriuhan di taman teman-teman.Kau dan mereka tak sama.Tanamkan tekad dalam hati mudah-mudahan suatu waktu nanti tamanmu juga akan meriah dengan kerlip cahaya lampu dan sinar indah rembulan tanpa perlu kau gamit teman-temanmu datang.Jangan kau cemburui Pendekar Kuda dengan kudanya, atau Kak Pah Nor dengan Kpohnya juga Kakanda Ben dengan madah pujangganya kerana kau juga punya taman yang indah meski pun ia selalu sunyi jika tidak kau kunjungi.

   Maka, tenang dan damailah kau selalu wahai hati.Sesungguhnya tamanmu takkan pernah sunyi suatu waktu nanti.Percayalah ......

image
Sesungguhnya...... Adalah aku taman itu....

3 comments:

THE LEKAT LEKIT STORY said...

datang memecah sunyi taman kamu.. sgt indah madah ni

sissyira said...

salam..

taman taman yang abadi :D

Pendekar Berkuda said...

rasanya tuan blog boleh mencipta madah yang lebih indah dari ini.. kenapa di simpan bakat yang ada??

Let's have a break!