Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Tuesday, January 4, 2011

Siapa kata jadi cikgu senang?

    Siapa kata jadi cikgu senang?Balik rumah goyang kaki.Cukup bulan dapat gaji.Muda-muda dah naik haji.Aku menyangkal sekeras-kerasnya bagi sesiapa yang masih lagi degil atau buat-buat degil mengatakan yang jadi cikgu senang.Aku paling menyampah tahap gunung berapi nak meletup bila dengar dialog; ala....jadi cikgu kan senang.Kerja setengah hari je!Cis!Rasa macam nak tarik telinga orang yang sesedap mulut berkata tu.

   Bukti-bukti untuk menyangkal bahawa jadi cikgu itu senang akan aku bentangkan sebentar lagi.Namun sebelum itu suka aku mengingatkan bahawa bukti-bukti berikut tidak boleh digunakan di mahkamah.Setakat untuk membela cikgu-cikgu yang teraniaya saja.

   Bukti pertama : Jadi cikgu wajib menepati masa.Kalau dah tahu jalan bakal jem, kena keluar rumah awal-awal.Contohnya aku sendiri.(Mestilah beri contoh diri sendiri kan?).Kelas bermula pada 7.30 pagi.7 pagi mesti hadir di perhimpunan.(Harian tau,bukan mingguan).Jarak perjalanan dari rumah ke sekolah lebih kurang 10 minit.Tetapi selalu je jem jadi aku keluar rumah pukul 6.15 pagi, iaitu sesudah subuh.Lebih kurang 6.30 aku dah pun terpacak menunggu abang pejabat buka pintu pejabat.Hasilnya, aku orang pertama hadir dan punch in.Yeahh!!!Bukan senang tu!

  Bukti kedua: Jumlah pelajar sekarang amatlah ramai.Ada kelas jumlah pelajarnya hingga 45 orang.Kalau sekolah rendah ada ampun lagi.Tapi sekolah menengah?Dahlah badan budak-budak sekarang sihat-sihat belaka?Bila dah berkumpul,huuiiii, kalah lebah bunyinya.Maka terpaksalah kami cikgu-cikgu menjadi Amy Search atau Lan Typewriter atau Black.Silap-silap hari bulan jadi abang macho iklan Dequadin.Aku sendiri amalkan membawa Fishermen's Friend perisa oren dalam beg tangan.Manalah tahu tiba-tiba aku jadi itik serati!Fishermen's Friend pula tu bukan murah!Itu kan bukti jadi cikgu ni susah.

   Bukti ketiga : jadi cikgu ( cikgu perempuan le ni) mesti pakai kasut bertumit maknanya kasut tinggi.Kebanyakan kasut tumit tinggi sekarang bila kita berjalan keletuk!keletak!Pengetua tegur kerana mengganggu tumpuan pelajar.Maka setiap kasut baru yang dibeli mesti hantar buat tapak getah dulu supaya tak berbunyi.Tambah kos lagi.Kan susah tu.Siapa kata senang?

   Bukti keempat : Pakai kasut tinggi sebenarnya tak baik untuk kesihatan.Selain boleh menjejaskan tulang belakang, ia juga boleh menyebabkan sakit kaki atau tumit.Maknanya tak bolehlah bertumit tinggi.Aku sendiri tak boleh nak bertumit tinggi lama-lama walau pun berat badan ku ideal saja.Terpaksalah ambil surat pengakuan doktor menyatakan tak boleh bertumit tinggi kerana kesihatan.Barulah lega.Kan susah tu?(Sekolah lain aku tak tau kerana waktu meeting ramai juga aku lihat cikgu-cikgu yang bersandal.Ada ke patut?)

   Bukti kelima : Jadi cikgu tak ada uniform.Bermakna seminggu 4 hari cikgu-cikgu mesti sediakan pakaian.Hari rabu wajib berbaju koko.Tempah bukan murah!Hari khamis mesti berbaju batik.Batik biasa yang murah tak selesa di badan dan mudah berbau dek peluh.Hendak tak hendak beli juga batik sutera.Harganya bukan murah.Kan susah tu?

    Bukti lain berlambak-lambak.Aku akan ceritakan di masa hadapan kerana kerja aku sebagai cikgu berlambak-lambak minta diselesaikan.Buku-buku belum bertanda lagi.( Aku dah pun mula menanda buku pelajar walau pun baru hari kedua bersekolah)Apa-apa pun aku mesti ke rumah mak ayah dulu.Rindu pula orang tua aku tu!


11 comments:

Gen2Merah said...

iya.. saya sokong 200 peratus.. Tolong lah faham kerjaya guru. bukan senang wehhh.. Otak dah nak pecah ni.. Berat sungguh cabarannya..

maCy said...

betul! kalau senang~ err.. kalau..

skyjuice said...

sape ckp senang...susah tu...aku yg tgh tgu posting ni pun dh lama gila belum kua result.dh nampak yg nk jadi cikgu tu susah..dh jadi cikgu lagi susah..haha

THE LEKAT LEKIT STORY said...

cikgu shida rilex jer.. siap bleh buat video miming.Bleh buat recording kat skolah lagi. ni nak kuar tv lak x lama lg.. kekekekekeke.. just joke

Sharifah nor said...

jadi cikgu macam jadi model...selain dari dengar apa yg cikgu cakap..Apa yg cikgu pakai juga menjadi tumpuan...

PuanBee said...

oh cikgu yer! tau cikgu susah kerjanya! hihi terima kasih cikgu!

ijatnuar87 said...

tersangat setuju dengan entri nih...hehehe...jadi cikgu mmg susah...tahap kesusahannya sehingga ramai cikgu yg jadi giler sbb sshnyer keje cikgu,heheh

Mimiey.. (^-^) said...

salam kenal dr mimiey...

nasyieen.blogspot.com

Ida said...

betul la sgt tu...sy pn cikgu gak..cikgu zaman dl n cikgu zaman skang cabarannyer x sama...uwaaaa!!!!

Penggoreng said...

hahaha giler salute ah kt ckgu neh...

mE said...

belum lagi jumpa auditor mcm saya..lagi susah..hikhik..
saba je cikgu.....

Let's have a break!