Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, January 15, 2011

Tipu!Tipu!Tipu!Bukan Tipah tertipu tau!

   Hak kita sebagai pengguna akan dilindungi.Tak percaya?Sila baca petikan akhbar Kosmo 15 Januari 2011

Laman web PPIM pantau kes tipu, lindungi pengguna

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melancarkan laman webwww.muslimconsumer.org.my sebagai medium terkini dalam usaha membasmi penipuan dan mengelak pengguna daripada terus tertipu.
Menggunakan tagline Tipu Tipu Tipu, laman web tersebut mengumpul dan mendedahkan jenis-jenis penipuan yang sering terjadi ke atas pengguna.
Menurut Setiausaha PPIM, Datuk Nadzim Johan, pengguna boleh menggunakan pengisian laman web tersebut sebagai medium untuk menyemak jenis-jenis penipuan.
"Kami menyenaraikan pelbagai jenis penipuan yang sering terjadi kepada pengguna seperti penipuan melibatkan koperasi, MLM, bank, gores dan menang serta penggunaan nama kerabat serta VIP," katanya ketika merasmikan laman web tersebut di sini semalam.
Ujar Nadzim, penipuan boleh berlaku dalam banyak cara dan membabitkan pelbagai golongan termasuk golongan ternama.
Justeru, dengan laman web ini, pengguna boleh melihat modus operandi asas setiap cara penipuan bagi mengelak daripada tertipu.
Di samping itu, laman web ini juga menyediakan ruang bagi pengguna memaklumkan penipuan yang berlaku di sekeliling mereka untuk diberi perhatian oleh PPIM.
Bagi tujuan tersebut, pengguna boleh melayari laman forumsemak.blogspot.com untuk berinteraksi dan memberi maklumat penipuan.
Nadzim menambah, jenis kes penipuan tertinggi yang dilaporkan adalah melibatkan koperasi dan bank.
"Setiap bulan, purata aduan yang diterima PPIM boleh mencapai 30 bagi kes berskala besar dan 100 bagi kes berskala kecil," katanya.
  Mudah-mudahan hak sebagai pengguna akan sentiasa dilindungi.

1 comments:

KELI OH KELI said...

baguih2...ada lama web lagu ni...bnyk manfaat.

Let's have a break!