Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, January 29, 2011

untungnya jadi pakcik maarof aka cikgu maarof kerana dapat cuti lama-lama...

   " Sakit ke?"Seorang makcik bertanya padaku.Setting of place, di sebuah klinik kerajaan.
"Ya.Demam."Aku menjawab dengan ikhlas
"Anak kerja apa?" Tanya makcik tu lagi.
"Cikgu!" Aku menjawab lagi.Juga dengan ikhlas.
"Oooo...Senanglah nak cuti lama-lama macam cikgu Maarof ni!" Kata makcik tu lagi sambil memuncungkan bibir ke surat khabar yang dipegangnya.
Dush!Buk!Buk!Pang! Tiba-tiba aku rasa seperti ditumbuk, ditampar bertubi-tubi.
" Mak cik oi!Aku datang cuma nak ambil ubat je bukan nak ambil MC!"..dan aku pun terus membelasah makcik tu hingga lembik masuk ICU.Orang lain cuma berani tengok je.
Tiba-tiba, " Aduh!" bedebub aku jatuh katil.Rupanya aku mimpi.

   Buruk benar rupa aku jatuh katil.Tapi tiap satu tu ada hikmahnya.Kalau aku tak mimpi yang menyakitkan hati tu, aku tentu tak jatuh katil.Kalau aku tak jatuh katil, tentu aku tak sedar waktu subuh dah nak habis.Kalau aku tak sedar waktu subuh dah nak habis, tentu aku tertinggal solat subuh.Syukur alhamdaulillah.... aku tak tertinggal solat subuh.

   Lepas solat, aku terus kejut Cik Lenovo Ungu aku.Cukup-cukuplah tidur tu aku kata.Sambil tunggu CELCOM buat kerja membawa aku ke alam siber, aku selongkar timbunan akhbar mencari Utusan Malaysia semalam.Oooo...Inilah dalangnya!

KUALA LUMPUR 27 Jan. - Status kesihatan Maarof Abd. Mutalib, suami kepada Normala Sudirman calon Pas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, menjadi persoalan kerana beliau dilaporkan mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini.
Berita lanjut baca di Utusan Malaysia

   Aku baca dengan geram dan marah!Kalaulah pakcik maarof ( huruf kecik tu ada makna tu.Fikir sendiri ye!) tu ada depan aku, aku suruh dia makan ubat cepat-cepat kerana penyakitnya SANGAT KRITIKAL.Dulu aku kena chicken Pox pun cuti 7 hari je.Aku baca juga apa yang kawan blogger,Shamsul Yunos aku yang marah ni tulis.Baca sendiri untuk lebih faham kenapa aku rasa nak tarik telinga pakcik maarof tu.

   Betul-betul memalukan.Cikgu apa kalau penipu macam tu.Kalau betul-betul sakit, duduklah kat rumah, minum kopi, makan mi,goyang kaki, tayang gigi.Kalau boleh merayap sana-sini baiklah engkau pergi sekolah.Aku simpati dengan nasib anak-anak di SMK Tenang Stesen, Segamat kerana mendapat cikgu yang tak boleh diharap!

Gambar pinjam dari selangordaily.com

   





4 comments:

biskut said...

look!itulah permainan politik.gampang!

sentiasa mencari titik kelemahan pihak lawan dan usaha untuk drop.sekarang sapa yang besarkan isu?

bukan mau sokong mana2 tapi rasanya keadilan dalam politik takde.

KELI OH KELI said...

oohhh gitu ceritanya si pakcik maarof ya...huhu..x patot...x patot...

Nor moscow said...

memula baca ingat suami Normala Shamsuddin..ooo..rupa-rupanya Suami Normala Sudirman..

Cempakamelati said...

Banyaknya cuti sakit yang dia ambik, sampai 21 hari.

Let's have a break!