Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, January 1, 2011

Waaaaaaaaa!!!!!!!!!

    Tepat jam 12 tengah malam tadi, berlumba-lumba sms masuk ke handphone ku.Bukan sekadar ucapan tahun baru, tetapi juga ucapan hari lahir buatku.Hanya ucapan terima kasih dapat ku layangkan atas ingatan yang ku terima.Bertambah setahun lagi usiaku kini.Bermakna makin banyaklah yang perlu aku perbaiki.Aku mahu menjadi seseorang yang jauh lebih baik daripada diriku kini.Mudah-mudahan ia menjadi kenyataan.

   Oleh kerana semalam aku benar-benar sibuk dan ditambah lagi dengan sakit kepala yang ku alami, aku gagal untuk blogwalking seperti yang ku rancangkan.Maka hari ini, selepas selesai tugasku di sekolah, dengan segera aku memulakan langkah untuk blogwalking.Namun aku benar-benar hampa kerana entah apa silapnya aku harus menunggu lama untuk blog loading.Siput b**i berjalan pun lagi laju.Sedangkan aku baru saja jelaskan bayaran untuk broadband yang aku gunakan.

   Betul-betul mengganggu mood aku!Angin aku satu badan hinggakan Si Caca dan Cici kucing kesayanganku menjenguk pun aku rasa nak makan!Aduh!!!!!!!Cabaran betul!Hajat hati nak membalas kunjungan tapi apa yang dirancang tidak menjadi.Jadi terpaksalah aku tutup netbook ku dengan rasa sakit hati.

   Malam ini selesai solat Isyak, dengan harapan menggebu, aku cuba blogwalking lagi.Tapi si siput b**i masih lagi terhenggot-henggot bergerak!Adoooooooi!Apalah nasibku hari ini.Nak kata Cik Lenovoku sakit, mustahil rasanya kerana aku cukup menjaga kesihatannya.Eeeiiiiii!!!!Geramnya!!!Kalau beginilah caranya tak dapatlah aku berjumpa Pendekar Kuda!!!Wa......

( Habis idea aku nak menulis!)
   

0 comments:

Let's have a break!