Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Tuesday, February 15, 2011

Aku: Kucing atau serigala?Tolong ya....

   Sedang aku duduk termenung sorang-sorang sambil mengunyah pisang goreng ( inilah kelemahan aku time cuti.Asyik maaaaakan je!) aku terpikir tentang isu ini; Yang manakah lebih baik antara guru yang garang dan guru yang penyayang.Aku dalam dilema sebenarnya.Jadi sesiapa yang sudi memenuhi masa terluang dengan membaca entry kali ini sudi-sudikanlah memmberikan pendapat ye.Mudah-mudahan aku akan menjadi guru yang cemerlang.

   Dilema aku bermula semasa hari pertama posting lagi.Guru-guru senior ramai yang menasihatkan aku supaya tunjukkan kegarangan kali pertama aku masuk kelas.Aku cuba juga tetapi aku gagal kerana frankly speaking aku bukan seorang yang garang.Memang niat asal untuk menunjukkan taring tapi akhirnya kasih sayang juga yang aku berikan.Tapi aku akui aku seorang yang tegas dan berpegang pada apa yang aku katakan.Buat masa kini, anak-anak muridku ok dan tak pernah ada yang kurang ajar atau melawan cakap aku.

   Ada beberapa orang guru yang amat ditakuti oleh anak-anak murid.Bila nampak je kelibat guru tersebut, maka lintang pukanglah anak murid.Tapi aku, bila anak-anak murid nampak, penat mengangguk menjawab salam sambil tersenyum dan letih juga menghulurkan tangan menyambut salam yang dihulur.Memang setakat hari ini sikap lembutku tidak mendatangkan masalah kerana anak-anak muridku baik-baik belaka tapi bayangkan jika aku di sekolah lain yang terkenal dengan perangai gangster ( ada ke?)

   Jadi sekarang ini aku keliru sama ada teruskan dengan kasih sayang dan prihatinku atau bertukar menjadi seekor serigala.Tolong aku ye!

Sekarang aku adalah seekor kucing; Selalunya lembut tetapi sesekali mencakar juga.

Persoalannya:Patutkah aku bertukar menjadi serigala?

( Kedua-dua gambar milikCik Google)

   

33 comments:

Wafiy Suzly said...

kalau nak jadi serigala..biarlah bertempt :))

Sharifah nor said...

jadi kucing...seperti yg cikgu tulis tu..sesekali mencakar juga...

Tuan Penasihat said...

kira sekarang nak dihormati atau di takutilah ni.
Lebih baik dihormati.
tapi bagaimana caranya?
hmmm.... mungkin dari apa yang diceritakan tadi dah menunjukkan murid pun dah senang dgn SOH kan. jadi teruskanlah.

KELI OH KELI said...

kucing la...kucing comel dan selalu diingati...

misSbLurRy said...

secara jujuriahnnye lah,

cikgu yang garang lah mudah diingati anak murid akan datang nanti,mcm cikgu disiplin....tapi jangan sampai aniya anak murid, itu cari gaduh

cikgu yang baik pulak, susah nak marah student kalau tak buat hal, memang boleh buat murid jadi kawan baik...

tapi yang penting jadi diri sendiri, kenapa nak berpura2 ganas sedangkan diri kita tak macam...just ikuts situation je la..

klo keadaan memaksa untuk jadi garang, u should be like that, if not, buat apa kan...buat menyampah dek student ade la...hehehe

missSenget said...

err...

xyah laa berubah kalau cmtu...

penat kot kalau jadi bukan diri kita...

penat rasa nk membengkeng sentiasa..

hahaha...

F.I.C.K.R.Y said...

Bagi Fikk, perwatakan seorang cikgu memang memainkan peranan yang penting dalam kehidupan pelajar seharian.

Bak kata pepatah Melayu:

"masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau mengaum"

So, dalam konteks ni cikgu kena sesuaikan watak mengikut situasi pelajar.

Kalau anak murid ok, tak perlu nak garang sangat tetapi sikap tegas perlu ada supaya anak murid akan tunjuk rasa hormat.

Tapi kalau keadaan sebaliknya, cikgu kena buat pendekatan holistik yang sesuai dengan perangai anak murid.

Hidup sebagai insan bergelar guru memang banyak belajar dari pengalaman mengajar. InsyaAllah cikgu akan dapat rentaknya nanti~

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

*Just pendapat peribadi.

Harap maaf jika terdapat kekurangan.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

kucing manja2..tp klu dia marah..dia cakar org gak kan?hik3.

Cik Yana said...

jadi kucing la. Garang dengan yang degil-degil je :)

bjay69 said...

pada sy terpulang pada masing2 samada nak garang atau penyayang. Zaman sekarang nie kalau garang sangat kat bebudak, makbapak pulak masuk campur...x macam zaman sy dulu...kalau kena denda atau marah dgn cikgu, jgn cuba2 nak report kat makbapak, x pasal2 sy kena belasah dulu...

harleena said...

Tak perlu jadi serigala. Jadilah guru yang prihatin. Tegas tapi penyayang.. Tak guna jadi guru yang ditakuti oleh anak2 murid tapi dibelakang, entah apa dikutuknya kita. Silap2 kena tayar kereta kena pancit.. Yang penting, keseimbangan. Sikap mengambil berat, penyayang terhadap anak2 murid tapi tegas dalam pembelajaran...

i am S!L4H.. said...

klo org dh suke teruskan je la ckgu,...heee

Scarlett O'Hara said...

@bjay69
Betul!mak bapak sekarang ramai yang tak boleh langsung anak mereka disentuh.

Scarlett O'Hara said...

@ Cik Yana
jadi kucing best kan?

Scarlett O'Hara said...

@Lydia Miza
Betul tu!Mmg kucing tu manja tapi garang jugak bila marah kan?

Scarlett O'Hara said...

@F.I.C.K.R.Y
Kalau tengok pada nasihat Fik tu, rasanya sekarang ni dah ok kan?Anak murid pun taklah nakal mana.Manja yang ramai.

Scarlett O'Hara said...

@missSenget
Mmg tak bolehlah nak bertukar jadi serigala.Mcm hipokrit gitu.

Scarlett O'Hara said...

@misSbLurRy
Kalau ikut situasi, nak jadi kucing yang sesekali mencakarlah.

NUUR AN NOR said...

jadi kucing!!!sbb kucing sgt manja dan akan jadi garang hanya diri dia terancam...bestnya dpt cikgu yang penyayang mcm kucing.hihi..

sy da follow cikgu.terima kaseh sudi jenguk ke blog sy dan bagi nasihat

Scarlett O'Hara said...

@keli
Mmg kucing comel tapi cuba dapat keli...

KUREKURE COMEL said...

beri ksh sayang.....bila cikgu baik..
semua suka...tp biarlah berpada pada...


bila anak murid dah suka..pling best hari guru nnti...dpt byk hadiah wooo..hehehe

Scarlett O'Hara said...

@Tuan Penasihat
Lebih suka dihormati dari ditakuti.Maknanya bolehlah terus jadi kucing ek?

rizwan's sweetheart said...

jadilah kucing... dalam manis2 manja, sesekali garang, terkesan kepada semua

Scarlett O'Hara said...

@Sharifah Nor
Ok kak.Nak jadi kucing teruslah.

Scarlett O'Hara said...

@S!L4H
Terus jadi tucinlah ye!Meow!!!

Scarlett O'Hara said...

@harlena
Wah!Tegas tapi penyayang.Tq atas nasihat tu.Setakat hari ni tak pernah anak murid pedajalkan.Mudah2an teruslah macam tu.Amin!

Scarlett O'Hara said...

@Wafiy Suzly
Betul ek.Jadi serigala biarlah bertempat.

saiful said...

Sikap garang dan penyayang biar bertempat.Kalau lembut sangat kat anak murid,ada pulak yg pijak kepala.Guru mengajar didepan,anak murid bercakap dibelakang.

Jerung Gergasi said...

ape kate jadi jerung pulak ..

bdk johor said...

ala..ape susah! lu tukar jer jadi rimau. tak pon gorila. gerenti ok punye! hahaha.

sebenarnya..kita tak perlu pura2 menjadi org lain. jadi lar diri sendiri ok.

Cekodok said...

tugas guru adalah mengajar... tetapi kadangkala perlu jadi pendidik.. persoalan.. apakah cikgu dan pendidik (educator) itu sama? nak tau sila search kat tenet...


garang perlu bertempat.. semuanya perlu bertempat.. barulah terbaik....

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

Assalamualaikum, salam perkenalan dari BSB...nak panggil apa ek? pasal N3 di atas BSB rasa baik jadi guru yg lembut tapi tegas.

nba-Nur said...

Salam.. Kena tegas dan garang sesuai dengan keadaan dan tempat.. Memang besar tanggungjawab seorang guru.

Let's have a break!