Friday, February 4, 2011

Aku relakan pemergiannya

   Hari ini entah kenapa aku takde mood langsung nak blogging.Selepas post 1 entry pagi tadi, sampai sekarang aku betul-betul takde mood.Petang tadi, selepas asar aku keluar ke Taman Bukit Dahlia.Tiba-tiba aku terlihat anak murid aku melintas dengan tergesa-gesa.Terdetik dalam hati," Eh!Zunnur ni nak ke mana, melintas laju sangat.Gi pusat tusyen kot!"

  Malam ini, lebih kurang pukul 7.30, aku terima call dari seorang anak muridku."Teacher, Zunnur meninggal.Kemalangan petang tadi."Aku tek terkata apa, kerana memang dia yang ku lihat melintas petang tadi.Arwah kemalangan pada jam 4.30 petang.Aku 'melihat' dia melintas pada jam 5.30 petang.Jadi, mungkin bukan dia yang ku lihat.

  Aku sedih yang amat sangat.Biarpun dia bukan anakku, dia adalah anak didikku maka dia adalah anakku jua.Aku masih tak pasti di mana mayatnya saat in;sama ada di hospital atau pun di rumah.Aku akan segera mencari maklumat agar dapat aku berikan penghormatan terakhir.Moga perjalanannya diberkati Allah dan rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

  Buat anak-anakku yang lain, marilah kita sedekahkan AlFatihah.Janganlah ditangisi pemergiannya dan doakan kesejahteraannya di sana.Al Fatihah....

Airmata pun berguguran...

p.s:Maaf buat teman-teman blogger kerana aku tak dapat bertemu kalian malam ini.
AlFatihah buat Al Zunnur bin Rosli

7 comments:

||aLeaSaRa|| said...

al-fatihah..sedihnya bc n3 ni.sampaikan slm takziah dr kami semua ye kalau sis berkesempatan bjumpa keluarga arwah.

Mat Sabu said...

al fatihah

hamihemo said...

Al-fatihah...
Allah lebih sayangkan dia..

kpah k-poh Sharifahnor said...

Innalillah...Al-Fatihah...

KELI OH KELI said...

al-Fatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.

Uji Hussein said...

Terima kasih atas ucapan takziah kalian.

Unknown said...

alfatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat Allah...

Post a Comment