Sunday, February 13, 2011

Amy Search pengetua AF9.(Ahmad Dani?Siapa dia tu?Takde dalam kamus dewan)

   Orang kita tak patriotik?Itu soalan Joyah dalam Mingguan Malaysia hari ini.Mula-mula aku baca biasa je sambil mulut sibuk mengunyah pau sambal dan mata melirik skrin Cik Lenovo aku loading page, tapi tiba-tiba aku rasa macam nak melompat bintang bagai kanak-kanak Ribena.Yes!Tawaran menjadi pengetua AF9 kepada si botak AD(alah yang orang seberang tu) mungkin ditarik balik ( entah-entah tak pernah offer pun, saja buat gempak) dan akan ditawarkan kepada .... jeng!jeng!jeng!Siapa lagi kalau bukan si pujaan hatikulah.Mawi?Hish!!Mawi hijau sangat lagi.Bukan Mawi tapi Amy Search si phewiiit!!!

   Tak tahulah darjah kesahihannya tapi kalau benar-benar menjadi kenyataan, aku akan sokong ASTRO selagi aku mampu.Jangankan AF, semua rancangan ASTRO aku tengok.( Sambil on ASTRO sambil aku blogging.Ala.... macam biasa yang blogger-blogger hantu TV buat!) Segala mak nenek pakej ASTRO aku langgan termasuklah 'pawagam di rumah' ASTRO First.Walau pun aku tak minat AF, kalau Amy Search jadi pengetua, aku akan ikuti AF dari mula saringan sampailah final.Caranya sama juga, aku on TV tapi aku layan blogging...

   Sementara menunggu kesahihan berita paling gembira tu, aku teruskan makan pau sambal favourite aku yang aku beli daripada makcikku lepas subuh tadi.Dan seperti biasa, seminit pun masa aku takkan ku buang hari ini kerana bertimbun-timbun suratkhabar sepanjang minggu yang abang apek aku hantar belum aku baca.Backdated pun backdatedlah  janji aku baca sebab minggu ini aku susah hati Cik Lenovo aku selalu sakit-sakit.Nasib baik sekarang dah tambah sihat jadi.... bolehlah aku layan video-video bakal pengetua AF9, Amy Search phewiiitt... pujaan hatiku!

Meh layan gambar-gambar bakal pengetua kita!




( Gambar Cik Google punya)


p.s:Berita lanjut tentang apa Joyah kata, baca di Mingguan Malaysia hari ini.

7 comments:

YUL said...

eh iyekew? da tukar eh, bagus la, pakai anak tempatan je jadi pengetua nie

Bunga said...

aa..bunga xkisah sapa pom..bunga xtengok af..ehehee..

Wan said...

AF Masuk utk amy..hehe..

rafina mimi abdullah said...

wah..bagus ni..i like amy search..hehe..daripada ahmad dhani..adalah lebih baik kalau guna khidmat artis kita sendiri.. :)

penaberkala said...

AF dah last kan? ikut la sape pun, lebih baik artis tempatan je kan?

tq follo my blog
salam kenal

Cik Yana said...

pehh~ amy search jadi pengetua. Cik Yana tak pernah layan AF ni kecuali AF2 dulu-dulu time Adam hensem. Sekarang da tak minat da. Hahaha~

KELI OH KELI said...

pewwwwwiitttttttttt...baru lah best!!!

Post a Comment