Thursday, February 10, 2011

Dia nak Estee Lauder juga..Alahai...

      Aku risau!Aku buntu!Apa aku nak pakai esok!Salah aku sendiri kerana kedekut konon nak simpan duit jadi aku standby satu je.Patutnya aku dah tahu risiko yang bakal aku hadapi, aku sedialah 2,3 di rumah.Tapi nak buat macam mana kerana nasi dah jadi bubur, letak kicap dan caipoh, makan jelah.(kalau bubur betul)Sambil tu aku rasa merenyam semacam kat aset aku ni.

   Aku tak sanggup ke sekolah tanpanya.Tentu anak-anak murid aku yang aduhai very observant tu akan tanya;Teacher!Sakit e?.Apa aku nak jawab?Takkan aku nak tipu.Haah!Teacher sakit.Hai!Pening-pening!Kalau aku jadi doktor tak payahlah aku pening-pening kepala nak fikir.Sebab doktor banyak duit.Masuk ribu-ribu ooo!Apatah lagi kalau jadi makcik cleaner.Makcik cleaner tak perlu beli benda ni.Tambah pula sejak hari pertama aku memegang title teacher, aku mesti pakai benda ni sebelum ke sekolah.

   Aset aku ni pun satu.Memilih!Aku bukannya kaya.Yang murah-murah tak nak.Yang mahal dan susah nak cari tulah yang dia nak.Tapi aku tak boleh nak salahkan aset aku kerana dia sakit.Dia alergik.Nak tak nak terpaksa aku layan.Dahlah tak tahan gatal merenyam sekarang ni dek allergik.Semuanya gara-gara aku tak guna lipstik aku yang biasa....Hai... aset aku aka bibir yang tak serupa Angelina Jolie ni minta disapu minyak bayi kerana gatal dari tad dan .... alamak! Dia dah mula membengkak!!!Habislah aku!

   
Lipstik Estee Lauder yang selalu kempiskan kocek aku nilah yang bibir aku nak.

   Yang ni dia reject!

Yang ni pun dia tolak walau pun aku nak.

Gambar caipoh?Ok!Aku pinjam jap dari Cik Google.


Inilah rupa caipoh teman bubur nasi aku dari kecil bersama telur masin.


2 comments:

Shila said...

caipoh tu ape??

Azian Elias said...

seropa lah kita. avon mmg diharamkan kat badan.

Post a Comment