Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Tuesday, February 8, 2011

Dia sakit lagi!!!Tolong beri aku nasihat!

   Niat hati singgah sekejap je kerana masih banyak lagi kerja yang mesti aku bereskan.Tetapi hasrat untuk singgah sekejap menjadi singgah 'berkejap-kejap' ( calon PMR jangan ikut slanga ini ye.Lingkup BM kamu nanti) kerana dia sakit lagi.

   Jika semalam aku benar-benar panik bila dia sakit, hari ini aku rileks sikit kerana ubat pemberian Cik Panadol masih ada.Jadi aku pun paksalah dia makan ubat.Dalam setengah jam juga aku berpeluh kerana risau takut-takut ubat Cik Panadol dah tak mujarab.Namun, alhamdulillah kerana dia pulih semula.

   Walau pun dia telah pun pulih kembali, aku masih bimbang takut-takut penyakitnya akan menyerang kembali.Kata orang 'Prevention is better than cure' jadi perlukah aku mengambil langkah pencegahan segera?Adakah tindakan ku memaksa dia menjadi 'dofollow' yang menyebabkan dia sering ditimpa masalah?

   Andai ada doktor-doktor di luar sana, Lydiamiza, Cik Panadol,Pendekar Berkuda,En.Ben Ashaari,Abg Teror, Kak K-poh, Cekodok atau mana-mana doktor pakar yang tahu punca masalah aku ni, silalah kongsi-kongsi denganku.Tulislah jenis ubat yang mesti ku beri pada dia di ruangan komen agar dia sentiasa sihat kembali.Aku buntu.Untuk bertindak sendiri, aku takut menjadi tikus membaiki labu.Tolong ya!Aku sangat sayangkan 'dia'
-
-
-
-
-
-
-
-
Scarlett\
'Dia' adalah blog kesayanganku Scarlett's Petals.
Penyakit yang dihidapi : Serangan virus Malware

p.s: Bagi yang bukan blogger, maaf andainya anda kurang faham kerana tulisan di atas menggunakan jargon para blogger.Kalau ingin lebih faham, jomlah jadi blogger!

6 comments:

whitecappuccino said...

kena serang malware?? apa jadi? ni boleh buka ni..

ummiarissa said...

saya pernah dengar malware ni..tapi kurang faham sikit..

Tuan Penasihat said...

hmmmm...
blog TP pun baru kena dalam 2 hari lepas.
rasanya dekat notification tu ada bagitau tak mana virus tu datang.
blog TP kena dari infomationofskincare.blogspot.com kot. mungkin SOH ada ambik apa2 widget, banner atau juga download apa2 baru2 ni. try check.
try search kat google cara nak merewat malware ni. banyak blogger dah share dia punya cara nak buat macam mana.

bunga said...

bunga xtau pe 2??hehehe//

Cekodok said...

ooo... cekodok tak tau sangat.. mungkin penggunaan widget menyebabkan jadi begitu...

kalau tak silap.. pengguna chrome je tak boleh buka sebab serangan... cekodok guna godzilla.. hihihi...

grOundnUt said...

errrkk....ape lagi..update la antivirus program!^^'

Let's have a break!