Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Tuesday, February 8, 2011

Dia si jelita....


   Kenal tak si jelita dalam gambar tu?Kalau anda peminat tegar filem-filem klasik lama, tentu anda kenal.Banyak sangat filem-filem yang bukan saja menarik tetapi malar segar yang telah si jelita itu lakonkan.Dengan pinggang bak kerengga dan mata yang menggoda si jelita ini pernah menjadi pimadona filem-filem melayu lama.Kini, walau pun si jelita ini bukan lagi si primadona, namun bakatnya masih lagi dapat ditonton dalam banyak drama atau filem terutama filem seram.

  Biar betapa ramai pun muncul diva -diva seksi dan jelita, kehebatan lakonan si jelita di atas masih lagi di tangga teratas.Sebagai menghargai bakat seninya, si jelita ini telah dianugerahkan anugerah penghargaan Malam Gala Seri Temasek.Bagiku biar tanpa anugerah sekalipun si jelita ini tetap berada di kelasnya yang tersendiri dalam dunia lakonan sama ada di zaman P.Ramlee atau di zaman Mamat Khalid kini.Si jelita yang ku maksudkan adalah.....
-
-
-
-
-
-
-
-
... seniwati Mariani Ismail

0 comments:

Let's have a break!