Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Wednesday, February 16, 2011

Maka bermulalah Pesta Layang-layang Pasir Gudang...

   Semasa anda membaca entry ini ( antara 7.00 hingga 3.00 petang), mungkin aku sedang teruja melihat pelbagai layang-layang berlegar-legar di ruang angkasa.Opss!Jangan prasangka dulu kerana aku tak ponteng tetapi aku tetap ke sekolah.Sekolah kesayanganku ini hanya 0.5 km dari Bukit Layang-layang tempat berlangsungnya pesta layang-layang antarabangsa yang saban tahun diadakan.Tahun ini ia diadakan mulai 16 Feb hingga 20 Feb.

   Cuaca sehari dua ni memang sangat sesuai untuk menaikkan layang-layang;panas sangat tu tidaklah dan yang paling seronok berangin 24 jam.Tak payah guna kipas.Waktu perhimpunan, aku dapat melihat layang-layang yang amat cantik menghias angkasa.3 tahun lepas sebuah (?) layang-layang kereta api ( layang-layangnya kecil tapi bersusun panjang hingga 2,3 kilometer panjangnya) jatuh di sekolahku.Ku sangkakan anak-anak didikku akan berebut-rebut mendapatkan layang-layang tersebut.Maklumlah budak-budak.Tapi, mereka langsung tak sentuh dan menunggu tuan punya layang-layang,( kalau tak silap layang-layang dari negara Jepun ) menaikkan kembali layang-layang tersebut.

  Selain layang-layang pelbagai bentuk dan warna, anak-anak tentu teruja menantikan lollypop drop, di mana beratus-ratus lollypop digugurkan ke bumi serentak dengan layang-layang yang dinaikkan.Jika dilihat pada jadual lollypop drop tahun ini akan dibuat oleh pasukan negara dan juga luar negara.Maknanya banyaklah peluang anak-anak untuk mengumpul lollypop.Yang dah tak anak-anak kalau tak malu, bolehlah rebut juga.Layang emnegluarkan asap dan bunyi juga sesuatu yang amat menarik ditonton.

   Kalau tak silap hari ini bermulalah juga pertandingan antara sekolah.Mudah-mudahan anak-anak didikku akan pulang membawa kejayaan seperti tahun-tahun sudah.Aku juga tak sabar untuk segera berkunjung ke pesta kali ini.Aku yakin seperti biasa, pasti ada sesuatu yang menarik untuk ku lihat dan pelajari.Aku dan rakyat Johor yang lain juga amat teuja untuk bertemu dengan DYMM Sultan Ibrahim,Sultan negeri Johor yang amat kami kasihi.

   Kepada teman-teman yang berkesempatan, jemputlah datang ke Pasir Gudang untuk menyaksikan Pesta Layang-layang.Aku nantikan kehadiran kalian dengan zapin dan kuda kepang.
Lucunya pakaian peserta dari Jepun ini.

Lebih kurang beginilah rupa layang-layang kereta api tu.

Cantik sotong ni kan?

Pelik je rupa layang-layang ni.

Ikan pari macam ketupat.Tiap-tiap tahun ada.Besar gilerrr!( Kata anak-anak murid aku)

Layang-layang mengeluarkan asap

( Gambar koleksi Cik Google )

JEMPUT DATANG YE!

9 comments:

Rozuan Ismail said...

cantiknya layang2 diorang..kreatif dan unik!!

cacing said...

wah!! cantiknya layang2... pelik dan unik!!

.::cintabungablogspot::. said...

wahhh... bestnyer, lame da x men layang² :(

bunga said...

mmg cute la peserta dari jepun tu..hahahall

grOundnUt said...

Dulu ada keluar majalah 3 tentang pesta layang²..memang cantik gitu kann~

Adzriel AB said...

kreatif betul. teringat kecik2 dulu buat layang2 sendiri je pakai surat khabar dgn gam tepung ubu kayu.

Scarlett O'Hara said...

Tahun ni ada layang-layang cicak warna hijau.Cantiknya!!!!!!Mehlah datang PG! =)

KELI OH KELI said...

layang2 keli x ada ya? hehehe...")

nba-Nur said...

Salam.. Wah cantik2 layang tu.. tak berkesempatan nak ke sana..

Let's have a break!