Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Monday, February 28, 2011

...otak aku pulak kang yang berlubang!Grrrr!

   Siapa pernah pergi Pasir Gudang?Tau tak satu-satunya perkara yang selalu membuat warga Pasir Gudang menyumpah? Bilangan pendatang aka orang luar sama ada asing atau tak asing yang terlalu ramai?No! Tentang mat rempit?No jugak sebab di Pasir Gudang ni ada litar lumba.Berlumbalah sampai tercabut kepala ( kepala lutut) tak de siapa nak marah. Tentang harga barang yang melampau mahal?No jugak sebab di tempat lain pun mahal.

   Perkara yang menyakitkan warga Pasir Gudang adalah jalan berlubang!Aku tak tau di mana silapnya kerana berlambak jalan berlubang terutama di Taman Scientex dan kawasan sekitarnya.Sakit hati betul bila terpaksa memandu atas jalan yang serupa permukaan bulan.Tak kiralah siapa yang bertanggung jawab, TOLONGLAH hadapi masalah itu segera.Takkan Pasir Gudang yang gah dan terkenal seantero dunia ( kawan aku di Guam tahu di mana Pasir Gudang) tak mampu atasi masalah jalan ni.

   Entahlah... tak tahu apa aku nak tulis lagi kerana otak aku pun dah berlubang macam jalan di Pasir Gudang!

Menara Aqabah, mercu tanda Pasir Gudang yang gah.Jalan pun kena gah juga!


Litar lumba pun ada.... Jalan rata bila nak ada?


Terpaksa pakai helmet cam ni sebab jalan berlubang.
Kalau tak kang otak aku pulak berlubang!

1 comments:

THE LEKAT LEKIT STORY said...

jalan berlubang sgt2 bahaya... adik sy oun baru je sembuh dr accident pasal jalan berlubang ni.. selalunya selagi tak 10 20 org tercabut nyawa.. rasanya takde org nak ambil tindakkan.

Let's have a break!