Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, February 13, 2011

Terima kasih awak! = telefon awam! Malunya....

   Entry kali ini aku nak cerita tentang teman baik ( atau kadang-kadang kembar) kepada ramai orang hatta budak-budak sekolah rendah sekali pun.Teman atau kembar yang aku maksudkan sentiasa bersama dengan kita walau pun semasa tidur.Seminit tak bersama, ibarat asam pedas takde garam.Kuahnya pekat likat tapi hampeh sebab tawo hebe.Aku pun tak dapat berpisah dengan kembo aku ni.Mengalahkan suami pulak.Makan minumnya sentiasa aku jaga.Sakit peningnya selalu aku perhatikan.Kalau tak de dia alamat tak berertilah rasanya hidup.

   Kembar aku tu adalah ......        ...  Cik LG Cookie.

   Ditakdirkan suatu hari, entah macam mana aku lupa nak beri dia makan.Lip!Lip!Lip!Tenonenoneng!(lagu dia masa nak mati) dia pun kaku tak bersuara.Bateri dia habis aku tak ingat nak cas sebab malam tu aku sibuk dok berperang dengan si durjana malware.Toleh kiri kanan, takde seorang pun muka yang aku kenal di shopping complex tu.Aku kena buat urgent call ni kalau tidak masak aku jadi masak lemak.Fikir punya fikir, aku pun dengan segera melangkah ke telefon awam.

     Sambil mata melilau mencari telefon yang dah berzaman aku tak tanya khabar, aku pun korek beg tangan aku cari syiling.Nasib baik ada sekeping syiling 50 sen.Jalan punya jalan.... ha!Tu dia telefon yang aku cari.Nasib baik takde orang.Aku angkat gagangnya dan eh!Peliklah pulak.Biasa ada nada dail tapi yang ni entah nada apa entah!Aku try 2,3 telefon adik beradik telefon yang aku angkat gagangnya tadi.Pun sama jugak.Aku mula panik.Aku pun cuba ikut arahan yang tertulis di telefon tu...pun masih gagal.Akhirnya selepas hampir 10 minit, aku give up. Aku tak tau guna telefon awam!!!Eiii!Malunya!.... Fuh!Berpeluh aku dibuatnya.

    Selepas aku ambil balik syiling 50 sen yang nampak macam gelakkan aku, aku pun terus melilau mencari telefon awam yang lain.Sumpah!Itulah kali pertama aku guna telefon awam setelah ... entah berapa tahun aku pun tak ingat. Mudah-mudahan masih ada lagi telefon awam retro supaya aku boleh guna.Nasib baik ada dan masih lagi berfungsi dengan baik.Aku pun berjaya membuat call yang amat penting itu dan terselamatlah aku daripada masak menjadi masak lemak.

    Dalam kereta semasa balik, aku insaf betapa selama ini aku terlalu pentingkan diri aku sendiri kerana tak pernah cuba memahami kesusahan orang lain.Maklumlah biasanya bila aku nak buat call aku touch je dah nyambung(bunyi macam Indon pulak).Tapi pengalaman hari ini mengajar aku betapa ramai orang di luar sana yang tak sebaik nasib aku; terpaksa bergantung kepada telefon awam.Lepas ni aku nak try naik bas pulak sebab dah berkurun lamanya aku tak naik bas berhenti-henti ni.Entah-entah nak picit loceng turun pun aku tak tahu.Almaklumlah ...zaman dah berubah!!


Nasib baik ada telefon retro ni dan dia tak gelakkan aku pun.

Pengajaran dari pengalaman aku

1.Jangan lupa cas bateri telefon biar sesibuk mana pun blogging
2.Sesekali kena guna teefon awam
3.Selalu sediakan duit syiling dalam beg.

3 comments:

Freaky said...

kalau la telepon tu bole gelak. hehee

Hamim said...

kembar x seiras ke teacher??

Sharifah nor said...

samalah..akak pun tak reti nak guna talipon awam ni..Bas pun dah lama tak naik...ada lah 20 tahun kot..

Let's have a break!