Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Wednesday, March 30, 2011

Aku dan anak-anak catur.

   9 Mac lalu, ada aku tuliskan tentang aku yang dipilih menjadi pengurus pasukan catur sekolah.Dan hari ini dengan debaran yang membuat aku berpeluh-peluh ( walaupun jam waktu itu baru pukul 6.45 pagi), aku telah berjaya mengiringi / mengurus pasukan catur sekolah ke Karnival Catur Peringkat Daerah Pasir Gudang.Pertandingan diadakan dalam 7 pusingan : hari ini 4 pusingan dan esok berbaki 3.Bermakna esok sehari suntuk lagi aku akan berada di SMKTD3 ini.Sebenarnya, hari ini niat aku nak blogging, bw ke atau jenguk-jenguk ke rumah kawan-kawan,tapi malangnya Celcom tak sudi membantu aku.Satu bar pun tak wujud jadi kempunanlah aku nak blogging siang tadi.Tapi masa itu emas, maka aku penuhkan masa dengan memuatnaik( bunyi pelik le / upload : baru tak pelik) gambar-gambar yang sempat aku ambil.( atau tangkap?) Cuci matalah ek tengok gambar anak-anak aku seramai 11 orang tu!

Sedang memerah otak berjuang!

 Main, main jugak.Makan jangan lupa.

 Pelapis untuk tahun depan.

 Ini pun pelapis jugak (yang baju kuning bertudung kuning tu)

 Masa makan pun anak-anak aku ni nak main catur.

 Penat jugak nak tunggu ke petang...

 Bersungguh-sungguh nampaknya anak-anak aku ni.

Nasib baik ada abang senior tolong ajar adik junior.
   
 Sedap jugak makan nasi lauk kari ayam dan kacang goreng hari ni.

 Chewah!Abang Vicky sempat posing lagi.

 Ni masa bila ek?
Oooo.... lepas first round.

 Fikir!Jangan tak fikir!

Menu sarapan pagi, mee hoon dan telur mata lembu.Oklah tu kan?

Esok, sehari lagi kita berjuang.Kalah atau menang adalah adat pertandingan.Yang penting dapat tambah pengalaman kan?
Terima kasihlah ye anak-anak!
1.Nashaluden Abdul Malek
2.Vicknesh Rao 
3.Mohd Syafiq
4.Raja Ibrahim
5.Durga Devi
6.Anusha
7.Dhirar
8.Zarul
9.Amir
10.Asha.
11.Lily

GOOD LUCK FOR TOMORROW!!!
Opps!Lupa!yang tak tau jam catur, ni aku copy dari Cik Google.




5 comments:

solo molo said...

sampai sekarang tak reti maen catur...
tak faham sangat cara nak maen tue...



entry terbaru >
http://solomolo.blogspot.com/2011/03/kecik-kecik-dah-kedekut.html

kpah k-poh said...

suka main catur...tapi skrg ni dah tak ingat dah....

Yusri said...

saya sangat fening dengan catur ni...kalau boleh saya nak main dam aji je papan catur tu hahaha

✿....rossa alina....✿ said...

walaaa...dah lame giler xmain catur..huhuhu...

Liza @ Adzriel AB said...

teringat zaman sekolah... anak sulung je yg minat sama.

Let's have a break!