Friday, March 18, 2011

Aku seekor ular...

   Setakat entry ini ditulis, Alhamdulillah, atas sokongan semua, follower aku jumlahnya dah jejak ribu. Kalau aku ada masa lapang, aku suka meneroka blog-blog baru yang berpotensi menjadi follower aku.Biarpun follower blog yang aku terjah tu tak sampai 10 orang, kalau aku berkenan tentu aku follow.Lelaki atau perempuan aku tak kisah asalkan tak melanggar prinsip aku.Aku takkan follow blog tak senonoh, politik melampau atau yang menunjukkan aksi gedik melampau batas Melayu dan Islam.

   Kepada yang bertanya: Kenapa aku sudi jadi follower blog-blog baru lahir yang belum lepas pantang, sedangkan aku dah boleh dikira otai? ( ?Otai ke aku?Segan pulak nak mengaku otai sebab aku masih perlu banyak belajar lagi.) jawapan aku adalah : Aku faham perasaan blogger-bblogger baru bertatih yang sangat mengharapkan follower sebab aku pun dulu macam tu juga.Jadi tak salah aku berikan sokongan kan?Kata orang, ular yang menyusur akar, takkan hilang bisanya jadi biarlah aku jadi ular itu yang sentiasa menyokong adik-adik blogger yang baru belajar.

  Tapi, apa pun, aku selalu ingatkan diri aku yang, aku juga terkadang seekor tikus membaiki labu kerana walau pun umur blog aku ni dah jejak 10 bulan, aku masih tercari-cari rentak dalam berblogging.Akhir kata terima kasih atas sokongan semua kerana tanpa sokongan kalian, akan sunyi sepilah duniaku....

Terima kasih atas sokongan yang berterusan...

9 comments:

belogkiter said...

tima kasih buat scarlett yang sudi folo blog saya.. :)

Anonymous said...

ngee... sokong produk tempatan.. hehe

cik-terompah said...

menulis komen ini ibarat meniupkan kan skgn supaya terus menulis.. GO!

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

as salam, Bagi saya blog tempat menceritakan apa yg kita tak dpt nak berkata2...apa2 pun tq sbb sudi follow blog saya.

Puan Kutu said...

tq sudi bg sokongan kt blogger baru cam sy..:)

Unknown said...

eh!!blog kita sebaya la..
tapi akak menulis tak sehebat kamu..
huhu...

rafina mimi abdullah said...

sgt2 setuju dgn entry ni..follow lah blog mereka yang masih baru kerana dulu kita juga seperti mereka..kalau boleh tinggalkanlah sdikit ulasan kat blog mereka kerana itulah yang sebenarnya di harapkan oleh mereka..agk simpati juga bila tgok blog newbie yang kekosongan ruang ulasan kerana tiada siapa yg hendak memberi komen walaupun entrinya bagus..

kpah k-poh Sharifahnor said...

akak pun suka follow blog yg baru2 nak naik...nak bagi semangat..pastu nak komplen!!!! heee

Liza @ Adzriel AB said...

sebab tu boleh nampak scarlett di mana2.. i like..

Post a Comment