Thursday, March 3, 2011

Belum sebab teacher sibuk sangat! ( Maaf, aku tak nak berbohong)

   Malam ini malam jumaat.Orang kata malam jumaat ada hantu.Betul ke tak, tak taulah. Tapi kalau kacang hantu, memang ada.Oleh kerana malam ini ada hantu, aku tak boleh nak blogging lama-lama sebab aku takut hantu.Kang dicekiknya aku time blogging malam-malam buta, siapa yang susah?Follower aku juga yang susah! ( Intro je tu sebenarnya takde kena mengena pun dengan hantu)

   Malam ini sebenarnya hati aku terbagi dua.Satu untuk blogging dan satu lagi untuk menanda kertas Peperiksaan Penilaian Kurikulum 1 aka Ujian 1.Esok mesti ada anak murid aku yang rata-rata manja tu tanya; Teacher?Kertas peksa dah tanda?... dan aku tak mahu menghampakan mereka dengan menyatakan; Belum.Teacher tak sempat sebab banyak kerja(Sebenarnya sebab banyak sangat blogging) ... tu bohong namanya tu.Aku tak suka.Jadi, meskipun semangat untuk blogging menggebu-gebu, aku mesti utamakan kerja menanda tu dulu.

   Aku mengajar 5 kelas.Ujian tu siang tadi.Setakat ni aku cuma mampu menyiapkan 1 kelas.Maknanya ada 4 kelas lagi.Bila aku tidurkan aje CikLenovo ungu aku ni, aku akan cuba menyiapkan sekurang-kurangnya 2 kelas lagi.Sambil menanda tu, aku kena juga siapkan buku rekod mengajar sebab esok hari Jumaat wajib hantar pada pentadbir.Sementara itu, aku harap, teman-teman blogger sabar menantikan kunjungan balasku weekend ni.

Alamak!Sabtu ni ada LDP aka kursus pulak.Tapi takpe.Blogging tetap blogging!!

Muka semangat nak menanda buku.Yeah!

6 comments:

AiMaN said...

cutenye kucing....comel..geram pulak rsa..

kpah k-poh Sharifahnor said...

akak yg tak kerja ni pun..tunggang langgang..hahaaa..Blogging punya pasal..nasib baik ler hubby sporting..heeee..

ZWAN SABRI said...

meh sini ketas peksa depa.. biaq zwan tanda paper depa.. zwan mmg suka check paper orang.. HEHE



MySuaraBlog: Sperma Dan Kesuburan Lelaki

whitecappuccino said...

Baru minggu lepas siap menanda kertas exam.

Liza @ Adzriel AB said...

meh nak tolong tanda. sekali-sekala menolong mesti fun jugak. he..he..

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

As salam..laaa padan ler kertas ujian tue tak dpt2 lagiii..hari2 dok tanya Qistina dah dpt belum.he3sama ler dgn BSB,kain baju berlambak2 tak basuh lagi,asyik dok layan blog jer.

Post a Comment