Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Thursday, March 10, 2011

Bercerai atau tidak?Tolong aku ye!

   Malam ini aku bawakan entry yang agak serius ; perlukah mereka berpisah @ bercerai @ divorce.Seperti yang pernah aku nyatakan, tugas seorang guru bukan setakat menjadi guru, mengajar dan mengejar, tetapi terkadang kami juga menjadi doktor, tukang jahit, polis bla bla bla.Satu lagi tugas guru yang jarang orang tahu adalah sebagai kaunselor perkahwinan.

  Aku tak salahkan ibu kepada anak murid aku yang bertanyakan aku soalan di atas tu.Memanglah aku tiada hak apatah lagi kelayakan namun atas dasar peri kemanusiaan, aku terpaksa berjanji untuk cuba membantu.Dan saat ini aku benar-benar mengharapkan nasihat teman-teman tentang tindakan yang patut aku cadangkan kepada ibu anak murid aku tu.

   Situasinya begini : Ibu anak murid aku tu telah pun berkahwin lebih 20 tahun.Punya 2 anak lelaki; seorang menuntut di UKM ( rekod yang dipegang adalah sebagai seorang pelajar cemerlang) dan seorang lagi masih lagi di tingkatan 5 dan bakal menduduki SPM.Suami aka bapa kepada 2 anak tersebut, seorang penganggur ( kadang-kadang kerja kadang-kadang petik anggur je ) dan sangat jarang ( umpama janggut baru nak tumbuh) memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak.

   Dari luaran, keluarga ini nampak bahagia ( seperti biasa si isteri sentiasa cuba untuk cover demi nama baik dan kebahagiaan anak-anak).Namun hakikatnya ( menurut ibu tersebut), dia dah tak sanggup lagi menanggung biawak hidup.(Biawak tu pulak biawak yang sangat petah berkata-kata aka cakap tak serupa bikin).Apa yang ibu anak murid aku tu benar-benar tak tahan adalah, dia merasakan seolah-olah dia adalah lubuk emas atau bank kepada si suami semata-mata.Dengan kata lain, si suami asyiiiiiiiiik mintak duit je walaupun dia langsung tak pernah hulur duit.

   Anak-anak pulak menurut kata si ibu, sangat tidak kisah jika mereka berpisah.Mereka tahu betapa ibu mereka menderita.Si ibu ( yang aku kenal) seorang yang sangat berdisiplin, menepati masa, baik hati atau dengan kata lain sangat baik pekertinya.Namun si bapa perangai mengalahkan lanun Somalia ( kata si ibu sebab aku tak kenal ).Mereka umpama langit dan bumi ditambah lagi tentang pendidikan kerana si ibu lulusan universiti sedangkan si bapak SRP pun cabut lari.Kalau ikut aku, baik tinggalkan je biawak yang cuma tau melantak je tu.Tapi takut pulak aku terlalu ikutkan perasaan.Jadi tolonglah aku cari penyelesaiannya ye ; bercerai atau tidak.

Aku pun biawak tapi aku pandai jaga anak.
( kata biawak Cik Google)


7 comments:

THE LEKAT LEKIT STORY said...

jika bersama pun menderita.. berpisah adalah lebih baik. Dia sendiri pun tak sanggup.. lagipun tanpa suami pun rasanya si ibu takde masalah tanggung anak2 sbb selama ni pun suami tak mainkan peranan sbg suami so apa faedahnya dia pada keluarga

BLOGGER POPULAR NYAMAR CIK ANON KUTUK BLOG KAKI MOTONG

una berry said...

minta si ibu pergi pejabat agama dulu.
tgk apa dorang kata.
tapi kalau dah macam tu perangainya, baiklah bercerai.
anak2 pun okay.
buat apa nk seksa diri sendiri kan?
xpayah takut gelaran janda ke apa2.
yang penting kebahagiaan diri sendiri.

Zairie Husin said...

buat la pilihan yg tepat..

pss..sempoi biawak tu.. hehe

Mama Syadiyah said...

Salam..

Sebagai seorang wanita saya percaya ada sebabnya mengapa wanita ini boleh bertahan hingga 20 tahun hidup dengan suaminya yang sedemikian rupa. Kita tak akan tahu dan tak mungkin tahu sebab hanya dia dan Allah yang tahu mengapa.

Bercakap berdasarkan pengalaman saya dan keluarga juga, bukan mudah untuk membuat keputusan seperti ini. Dalam hal2 sebegini tempat rujukan yang terbaik hanyalah padaNya. Istikharah lah dan minta petunjuk dariNya. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik.

Dari luar saya melihat, mudahnya saya juga berpendapat sebaiknya berpisah, tapi dari sudut lain.. 20 tahun boleh tahan mengapa tak menahan beberapa tahun sahaja lagi.. di tahun2 terakhir ini. Perbanyakkan ibadah bersama2... siapa tahu di penghujungnya nanti suami tersedar dan berubah. Ikhlaskan pengorbanan kepada suami dan keluarga.. semoga Allah memberikan ganjaran yang tidak pernah terfikirkan oleh isteri.

Apa2 pun tanyakan padaNya terlebih dahulu sebelum bertanyakan kepada yang lain. Insya-Allah, pasti ada jawapan.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

As salam, BSB rasa baik g pej. agama dulu dengar apa kata ustat. kalau tak boleh jln gak berpisah sementara dulu tengok si ayah tue berubah tak? at last klau macam tue juga baik cerai jer lerrr...baik x payah ada laki kalau macam tue guper nyer...

kpah k-poh said...

sampai bila nak menanggung biawak hidup?? jika bersama pun tak de apa2 sumbangan melainkan bagi sperma aje..baik berpisah aje....Si isteri dah berjaya dalam hidup..tak perlu lagi nak terhegeh2 pada org yg tak menghargai dia....

Scarlett O'Hara said...

Tq atas semua pendapat yang diberi.Mudah2an dipermudahkan jalan buat akak tu.

Let's have a break!