Saturday, March 5, 2011

CERITA KREATIF AKU PASAL BEN ASHAARI !

   Malam ini, seperti biasa, aku singgah di blog En.Ben Ashaari.Maklumlah biasanya hujung minggu ada je segmen En.Ben tu buat.Jadi inilah peluang aku!Yes!Aku mesti join.Aku pun bacalah syarat-syaratnya:

1.  Tajuk:Cerita Kreatif Aku Pasal Ben Ashaari dan linkkan ke entry En.Ben.  ( Dah buat pun)

2.  Header blog : Ok kat bawah tu.

BEN ASHAARI

3.  Buat satu cerita kreatif tentang blog Ben Ashaari  :  Ini ceritanya ...

    " Jangan buat hal! Lupakan saja niat awak tu!"
" Saya tak berniat nak buat hal teacher.Saya betul-betul sayangkan dia.Saya betul-betul cintakan dia!Saya tak boleh hidup tanpa dia!Tolonglah faham teacher!"
"Hiss!Awak ni!Dia tu suami orang!Takkan awak nak bermadu.Lagipun teacher takut awak bertepuk sebelah tangan!"

   Fuh!Gila!Anak murid aku yang seorang ni betul-betul dah gila.Ada ke patut dia jatuh cinta pada suami orang!Aku taulah suami orang tu hensem, popular, ramai peminat tapi patut-patutlah.Berbuih mulut aku nasihatkan dia buat dekkk je. Lama-lama aku pun terlupa tentang cinta monyet yang singgah dalam lubuk hati anak murid aku si sunti 15 tahun tu.Hinggalah minggu lalu, aku bertanyakan tentang cinta itu.Tau apa jawapan anak murid bertuah aku tu?Saya dah boleh lupakan dialah teacher sebab gambar dia yang baru ni tak hensem.Dulu hensem.What?Bertuah punya budak!Membazir air liur aku nasihatkan engkau dulu!Begitu kuat pengaruh suami orang tu biarpun anak murid aku tu cuma jumpa dia di blog Nasib baiklah cinta itu singgah bagai angin lalu kalau tidak teruk aku kena bambu dengan emak ayah anak murid aku tu kerana pandai-pandai ajar anak mereka blogging! ( Aku tak pernah berniat untuk mengajar blogging pun). 'Suami orang' yang aku maksudkan adalah En.Ben Ashaari. 

4.   Tidak mencaci dll : Ok jangan bimbang. Aku tak buat benda-benda tu.

5.   Tarikh tutup tengah malam : Ok sempat lagi.Baru suku malam =)

6.   Hanya 10 je yang terpilih : tak pelah tak terpilih pun.Lagi pun En Ben dah pun memilih Scarlett's Petals untuk 'Entry Pilihan Malam Ini.

      


4 comments:

Anonymous said...

Salam singgah dri blog EN.BA =)

~masithah hanis~ said...

datang singgah and follow:D

Prince said...

"nice entry... :)
jom ktahui plbagai info mngnai dunia n akhirat di blog prince.... :)"

prince datang dari blog bro ben..:)

NiSha said...

hye
dtg dari blg abg ben
http://heandsheloves.blogspot.com/
>NiSha<

Post a Comment