Sunday, March 6, 2011

Doa buat seorang teman....

   Seorang temanku semasa di UKM ditimpa musibah.Musibah yang menjadi ujian amat berat buat dia dan juga keluarga.Sebagai seseorang yang pernah mengenalinya biarpun kami bersama hanya untuk 3 tahun setengah ( bersama menuntut ilmu) aku 100% tidak percaya dengan tuduhan yang dilemparkan padanya.Pasti ada suatu kekeliruan atau salah faham!

   Kami pernah sama-sama berlakon di pentas semasa di UKM.Kami juga selalu terlibat dalam satu kumpulan dalam banyak tugasan.Biarpun usianya jauh lebih matang dariku, aku banyak juga membantunya dalam urusan pembelajaran.Nota-notaku banyak yang disalinnya dengan izinku.Banyak juga aku membantunya dalam menyelesaikan apa juga masalah dalam pengajian.

   Jadi, pagi tadi, bila aku terpandang nama dan wajahnya di akhbar semalam yang baru  sempat ku baca, tiba-tiba aku jadi sedih dan pilu.Aku bukan sesiapa baginya.Hanya seorang teman yang pernah mengenalinya.Aku tak dapat gambarkan perasaan isteri dan anak-anaknya.Yang mampu aku berikan hanyalah doa mudah-mudahan mereka tabah menghadapi dugaan Allah.

   Bagiku, selagi dia tidak dibuktikan bersalah, selagi itulah aku tak dapat menerima dia yang ku kenal sebagai seorang pesalah.Jika benar dia tidak bersalah, aku doakan mudah-mudahan Allah tunjukkan kebenaran dan memberikan ketabahan buatnya.MEGAT ISMAZI ISMAIL jika benar tuduhan itu palsu, Allah akan tunjukkan jalan buatmu.

4 comments:

Ce'gu JAERA said...

oooo, teman ini yang Ketua Guru disiplin yang disabitkan tuduhan itu kan.. kasihan dia.. semoga ada jalan kebenaran untuknya jika dia benar2 tidak bersalah..

KERTAS A4 BLOG said...

kesalahan apa yang dia buat tuu... macam besorr je

Aida Ali said...

Kita doakan yang terbaik untuk beliau...

kpah k-poh Sharifahnor said...

manusia..tetap ada sisi hitam dan sisi putih..

Post a Comment