Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, March 13, 2011

Guru atau garu?

     Sejak akhir-akhir ini, banyak sangat kes salah laku guru-guru.Tak taulah siapa yang benar siapa yang salah.Kadang-kadang budak-budak sekarang yang terlebih manja.Emak bapak pulak selaluuuuu je menangkan anak.Hinggakan satu tahap, dah terang anak yang jadi dajal pun cikgu jugak yang dipersalahkan.Anak-anak pun apa lagi, masing-masing makin naik tocanglah.Cikgu jugak yang kena mengalah.

   Itu tentang emak bapak.Yang cikgu pulak, makin lama aku rasa, generasi baru yang jadi cikgu ni tak ikhlas bekerja.Maaf aku cakap.Ramai cikgu baru yang aku rasa tak layak jadi cikgu.Jadi cikgu mungkin kerana terpaksa sebab emak bapak suruh atau sebab keadaan memaksa kerana tak dapat kerja lain.Jadi bila diberi tugasan, macam-macamlah alasan.Bila diminta buat sesuatu mulut mengomel kalah mak Joyah.

   Aku paling tak suka @ menyampah @ geram dengan guru yang tak menepati masa.Katalah kelas mula 8.05 pagi, pukul 8.10 masih dok berborak gelak-gelak.Geramnya!!!Rasa nak ketuk-ketuk kepala cikgu tu.Ajar anak murid pandai tapi ajar diri sendiri tak pandai.Cikgu kena ingat, 5 minit tu memang tak lama, tapi dalam 5 minit itulah macam-maca perkara boleh berlaku.Silap-silap hari bulan dalam 5 minit tu budak-budak bergaduh, cikgu jugak yang berpeluh!(Iyelah nak kena jawab cikgu ke mana masa tu)

   Aku naik malu dengan mereka yang bukan cikgu sebab akhir-akhir ini banyak sangat spesis cikgu yang letak otak di lutut.Tipu MC nak berkempen, kes cabul, kes bergaduh, kes menipu dan macam-macam lagi.Sistem pemilihan guru yang salahkah atau memang dasar cikgu-cikgu celup tu tak layak jadi cikgu kerana dah memang sejak azali perangai hodoh tak boleh jadi contoh.Pada aku yang cuma dapat memerhati ni, kesalahan dan kekurangan itu disebabkan sikap diri guru itu masing-masing kerana ada juga guru-guru muda yang komitmennya sangat tinggi.

   Kepada guru yang terasa, aku mintak maaflah ye dan harap-harap lepas ni ubahlah sikap.Jadilah guru yang memang guru bukan garu ( tergaru-garu sebab tak tau apa nak buat atau tak setuju dengan tugasan yang diberi atau tak tahu macam mana nak tunjuk contoh yang baik pada anak-anak didik) Kepada guru-guru yang memang dah tip top, tahniah dan teruskan kecemerlangan anda demi anak bangsa.

Ada tak lagi cikgu macam dalam gambar dari album Cik Google ni ye?


Budak-budak bila cikgu takde dalam kelas, macam nilah jadinya.
(Gambar Cik Google)

16 comments:

i am S!L4H.. said...

hehe. jadilah guru yg berwawasan. berdedikasi.

Chekgu Azrine said...

chekgu azrine setuju sangat dengan apa yang diperkatakan oleh cikgu scarlett...yup..di sekolah saya juga memang ada cikgu pesen gini..cikgu tak masuk kelas langsung pun ada...fuhh...dasat

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

kadang2..cikgu2 ni..masa mula2 ngajar je bersemangat..pastu???walau bkn semua.tp ramai yg alpa

bunga said...

bila kita minta nak menjadi guru..biasa kita xjadi..sama cam bunga..terlalu suka tuk menjadi seorang guru..tapi DIA lebih tahu pekerjaan pe yang sesuai tuk bunga..

Scarlett O'Hara said...

To i am S!L4H : Memang selalu ingatkan diri sendiri supaya jadi guru ynag dedikasi.

Scarlett O'Hara said...

To Chekgu Azrine : Macam mana nak buat ye supaya virus cikgu malas tu tak terus menular?

Scarlett O'Hara said...

To Lydia Miza : Serba salah sebab nak tegur kang kata macam kita ni best sangat tak tegur makin jadi2 pulak.

Scarlett O'Hara said...

To Lydia Miza : Serba salah sebab nak tegur kang kata macam kita ni best sangat tak tegur makin jadi2 pulak.

Scarlett O'Hara said...

To bunga : Takpelah tak jadi cikgu sebab besar sangat ttgjawab cikgu ni.Mungkin apa yang bunga dapat sekarang ni lebih baik dari jadi cikgu.

senyumSOYA said...

hihihi..nak jadi ckgu sekrang kena rujuk balik ckgu dulu2..

bagaimana dedikasinya diorg kt anak bngsa~ -^^-

senyumSOYA said...

hihihihi...try tengok entri ni~

http://otakkosongblog.blogspot.com/2011/03/cikgu-pukul-sayasakit.html

sicomot-comel said...

haah la..

cikgu skrg dah berwawasan mcm cikgu dulu2 la...huhuhu

Cikbelog said...

insyaAllah saya akan jadi guru yang berkesan untuk murid2.heee

Cekodok said...

kadang mak bapak tu semua harap kat cikgu... apa2 sikit semua cikgu.. anak jahat semua cikgu... anak bodoh semua salah cikgu.. bestu tak payah jadi mak bapak la kot kalo gitu.. ye tak...


bab cikgu tu tanak la komen.. hehe.. kang cikgu scarlett terasa ati ngan gua plak.. haha

Lagenda said...

Setuju dgn scalett..guru2 baru sekarang ni mmg tak de motivasi bekerja sbg guru. setuju..jd cikgu sbb :

1- ijazah dia x laku dlm bidang tu ( so, nak mudah, apply KPLI )
2- Gaji lumayan
3- Cuti banyak-leh goyang2 kaki bln 11-12, duit gaji tetap masuk

P/s: Apa yg mak cakap ni, mak BUKAN PUKUL RATA..SEBAHAGIAN sahaja yea.

Kang ada plak mak ni kena sita..ekeke

Belalang Hijau said...

best la kartun bawah tu...

sure datuk Lat yang lukih tuh...

Let's have a break!