Wednesday, March 2, 2011

Segmen : Aku memang gila traffik.So what?

BEN ASHAARI
Bila nampak header ni, maknanya aku nak join segmen En.Ben Ashaari le ni.

Amboi!Ganasnya tajuk!Tapi tu tajuk En Ben beri.Aku mesti guna.

Next:Cerita menginsafkan tentang kematian?
    Bila cerita tentang kematian, ramai yang bercerita tentang kemalangan.Tapi aku nak cerita lain sikit.Kematian disebabkan sejenis penyakit yang dinamakan SLE.Arwah sebenarnya adalah kawan sekuliah dan serumah aku semasa di UKM.Orangnya sangat bijak.Dia tahu dia tak boleh mengandung, tapi kerana sayangkan suami, dia mengandung jugak.Akhirnya penyakit arwah semakin teruk apabila organ-organ penting dalam tubuh arwah mula tidak berfungsi akibat berhenti mengambil ubat semasa mengandung.Malangnya kandungan arwah gugur dan keadaan arwah makin parah.

   Selepas tamat pengajian, aku pulang ke Johor dan arwah di Kuala Lumpur.Tiba-tiba suatu malam, lebih kurang pukul 11, aku terima call dari arwah.Terkejut juga aku kerana arwah jarang call.Arwah ada menyatakan sesuatu tentang pengorbanannya yang sia-sia namun arwah redha.Arwah kata, dia sedia untuk diambil oleh Allah bila-bila masa pun juga.Selepas berbual agak lama, arwah minta izin untuk menamatkan perbualan.Arwah kata, dia ingin tidur yang panjang. Jam 2 pagi, aku terima mesej dari arwah, menyatakan betapa dia sedang menanggung kesakitan saat itu kerana baru saja menjalani proses grafting.(Kalau tak silap, prosedur mengambil kulit yang sihat untuk ditampal di bahagian kulit yang tidak sihat).Aku balas mesej arwah dengan meminta dia bersabar dan betapa aku sentiasa mendoakannya.

   Esoknya, aku terima mesej dari seorang kawan, menyatakan arwah meninggal dunia jam 3 pagi.Maknanya, selepas kami berbalas-balas mesej.Sampai saat ini, aku masih tak dapat melupakan arwah dan penderitaan arwah mengingatkan aku betapa bertuahnya aku dalam hidup ini.Ia membuatkan aku sentiasa tabah.ITULAH CERITANYA.

   Syarat akhir, tinggalkan link kat ruangan komen.Dah siap pun.

3 comments:

Seri Bahasa said...

kita yang masih hidup harus bersyukur kepada ALLAH kerana masih diberi peluang untuk menikmati keindahan dunia ini. sesungguhnya ajal dan maut hanya ALLAH yang maha tahu.

Liza @ Adzriel AB said...

just sejam selepas scarlett call. mestilah terasa sangat.. saya join juga segmen ni.

mas saari said...

singgah n follow dari segmen abg ben
salam perkenalan...

entri yang menarik!

Post a Comment