Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Monday, April 25, 2011

Abis tu camno?

     Di mana silapnya?Sistem pendidikan negara kita yang salahkah atau didikan ibu bapa di rumah yang perlu diubah?Dari tadika, cantik, manis bertudung.Baju pun berlengan panjang.Bertepuk bertampar dengan lelaki jauh sekali.Bila ditanya,jawabnya,'Ustazah kata haram!Nanti masuk neraka!

   Bila masuk sekolah rendah, masih lagi molek bertudung. Masih takut masuk neraka.Bila masuk sekolah menengah, tudung labuh jadi tak labuh.Jeling-jeling manja, bertepuk bertampar dah mula tak apa.Bila ditanya,'Tak takut api neraka ke?' Jawabnya,'Ah!tak apa kita masih muda.Muda cuma sekali.Mati lambat lagi.'

   Bila habis sekolah,dah mula bekerja,'Eh!Tudung entah ke mana!Laa.... baju singkat, sendat yang disarungnya!Bertepuk, bertampar, jangan katalah!Berpeluk pun agaknya tak apa.'Bila ditanya,'Tak takut dosa ke?' Dijawab,'Ala... mak ayah kata tak apa.Taubatlah bila dah tua!'Kalau dulu bila ada anak-anak dara seksi, orang akan kata,'Ala...budak tak sekolah agama.Biasalah tu!' Tapi akhir-akhir ini, budak lulusan sekolah agama pun dua kali lima!Abis tu camno?

p.s: Penat-penat cikgu didik kat sekolah, bila nak ditegur, ... alamak!Emak dia pun pakai seluar pendek!


7 comments:

MulutPayau said...

Ramai pelajar masa d skolah..tertutup rapat..tapi bila luar waktu skolah...MasyaAllah..pakaiannya..entah apa2..Nak salahkan siapa kalau emak ngan anak prangai sama jer...Nak tegur kan...anak orang..

Anonymous said...

jenis mak bapak sekarang hantar p sekolah.. sekolah agama.. cukup... biar cikgu kat sekolah je yang ajar.. kekeke.... dah teruk nak ubah pun susah dh...

.:|kamaryeah|:. said...

wallahu'alam dear~
mgkin kita kene tegur...
if x jalan kita doakan yg terbaik buat die~

delarocha said...

pengaruh rakan dan televisyen lebih kuat dari didikan di awal persekolahan.

Ayie said...

semua pihak salah.. kawan beri pengaruh buruk, cikgu gagal beri pengajaran terbaik, ibu bapak terlalu sibuk, diri sendiri tak mampu berfikir.. Daripada pikio sape salah, moh le kite memikio pulak, apa yang patut dibuat.. Macam mana nak solve masalah nih.. Makin lama makin parah ni.. ^^

cik-terompah said...

buat sakit mata je tengok, kadang2 mak ayah pun tak amik kesah sgt. duniawi lebih utama!

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

cik bunga tak tau la nak kate ape, takut kalau generasi cik bunga jd camtu. nauzubillah -___-

jom singgah entry baru :)

Rezeki Cintabunga mencurah² ke dalam gandum! heheh

Let's have a break!