Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Monday, April 18, 2011

Aku yang menurut perintah!

   Guru diwajibkan mencatat / merekod BMI pelajar dalam buku rekod supaya ibu bapa tahu sama ada anak mereka gedempol atau cikeding.Itulah lebih kurang terjemahan berita yang aku dengar di Nightline TV3 jam 12 malam tadi.Nampak gayanya bertambahlah lagi kerja guru. Bagi guru yang ikhlas bekerja, tentu 'No problem.Saya yang menurut perintah.' Tetapi bagi guru yang tak berapa nak ikhlas, tentu , 'Alah!Ingat cikgu ni nurse ke?Ada ke kita pulak yang kena rekodkan?Emak bapak goyang kaki je. Bab pendidikan oklah, bab kesihatan pun nak letak kat bahu cikgu jugak?Grrrr!!!!'

   Fikir pendek, aku setuju dengan kata-kata 'guru yang tak berapa nak ikhlas' tu.Orang cuma nampak guru banyak cuti.Orang tak nampak guru kena marah dengan laki sebab time nak tidur pun asyik nak menanda buku lagi.Tak siap menanda karang, emak bapak komplen kenapa tak menanda?

   Tetapi, fikir panjang, bukan semua ibu bapa berpendidikan. Suruh ibu bapa rekodkan BMI karang, ibu bapa minta gomen beri subsidi beli alat penimbang pulak.Bertambah pulaknanti budget gomen.Jadi jalan paing mudah, gurulah yang sepatutnya beli alat penimbang setiap seorang. Nak harapkan alat penimbang hak milik sekolah, karang kena ambil nombor pulak.Maklumlah satu kelas jumlah pelajar ada yang jejak 5o orang!Tapi... No problem!Sebab di dahi cikgu dah tercop,'Aku yang menurut perintah.' 

p.s: Tiba-tiba aku terbayang, seorang ibu tua dengan kain batik lusuh dan baju kuung yang telah kusam serta hilang bunga dan warnanya, dengan kaki berbekas selut kering, sedang terkial-kial mengira BMI 5 orang anaknya.( Hisss!!!Adegan yang tak sanggup aku tengok!)


Kami menurut perintah tau bukan lembu dicucuk hidung!

Apa komen cikgu Shida?
(Beri masa cikgu Shida fikir.Untung-untung dapat ilham buat video!)

7 comments:

Freaky said...

bmi pon turut kene rekod ? macam2

g0m0k9enDek said...

turut saja perintah~

Munirah said...

rekod bmi je ok kot, kalau nk suruh lebih2 dah lari sgt dengan keje cikgu..haha. rasanya parents lah crucial skali kene keep track dengan kesihatan anak dia. kalau kat rumah pun masak ayam goreng memanjang, hujung minggu pegi pizza hut cemane dah tuu..hehe

Sara Sahira said...

alaa .. mls lah nk ambek bmi . huhu =)

Lagenda said...

nape tak serahkan je pada nurse yg dtg buat perkhidmatan suntikan dan gigi tu je..kan lebh sesuai benda2 gitu dgn kementerian kesihatan??

.::: Princess MOMOY :::. said...

bagus cikgu ni
kalau ada pingat leh momoy calon
hihi...

bukan majuk dear cuma bz sangat sekarang
100 Kerja Kosong Sepanjang Tahun 2011"
Korang pernah main game ni?"
Katak Puru boleh dimakan???"

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

takpelah..mmg kena ukur berat bdn murid masa nak tulis kat report kad pun kan..ni tambah sikit lg jek kerja nya..haha.

Let's have a break!