Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Friday, April 8, 2011

Ayam kecik hati sangat dengan pompuan...

    Aku suka ke sekolah.Kalau boleh, tiap-tiap hari aku nak ke sekolah.Bukan sebab aku gila kerja ( walau pun kadang-kadang ada juga simptom gila tu)Tapi kerana setiap kali ke sekolah ada je lawak yang lebih dari raja lawak dibuat dek anak-anak murid aku.Contohnya lawak tentang bunga...

   Adalah sorang anak murid aku yang terlebih fikir tu tanya aku; Kenapa ayam kecil hati dengan perempuan.Aku pun jawablah sebab perempuan takut nak pegang ayam.Ayam banyak hama.Bau busuk, kotor.Budak-budak lain jawab sebab ayam tak mandi.Ada juga yang jawab sebab Jalil Hamid je yang menyanyi lagu ayam.Penyanyi perempuan lain mana ada?Lepas penat fikir garu-garu kepala, anak murid aku tu pun gelak sorang-sorang.Dia beri soalan dia gelihati sendiri.Lepas dah keluar air mata, barulah dia beri jawapan.Tengok jawapan dia kat bawah tu!

Ayam kecil hati sebab takde perempuan dalam dunia ni sudi guna nama 'tahi ayam' sebagai nama di IC.Tak caya?(Anak murid aku yang tanya ni)

ada perempuan namanya Melati atau Melur atau Jasmin

bunga ros atau mawar?Of course!Berlambak-lambak perempuan nama Ros dan Mawar!

Kemboja pun ada perempuan guna

yang ni bunga cempaka.Pun ada perempuan guna nama Cempaka

Tapi bunga tahi ayam?
Mana ada perempuan namanya 'Tahi Ayam'?

   Logik!Logik!Lepas tu aku pun gelak sama.
p.s: Perbualan aku dan anak murid aku tu berlaku waktu rehat tau bukan time p&p.
Time p&p tak boleh cakap Melayu!
Satu lagi p.s:
Aku jumpa sorang blogger tu guna nama Tahi Ayam.Tapi tak ingak pulak url dia.

10 comments:

||aLeaSaRa|| said...

hahahahaha...ada2 je anak murid cikgu ni!kalaulah kite ada di tempat cikgu,dah tentu gelak guling2 he3...kirim slm kat murid yg kreatif beri jawapan tu ye!

Nobita Sensei said...

kahkahkah!

toyolkiut said...

a'ah..
betul la..
x pnh la pulak TK nk fikir camni..
plajar skrg mmg bijak2..

Liza @ Adzriel AB said...

memang seronok melayan budak2 berborak. kekadang release gak stress.

Chegu Zubir said...

jom join..

Segmen Review Bersama Chegu Zubir

HazIQAH iKkI hAZiq said...

seronoknya huhu..jadi cikgu...dari nk marah mesti rasa ingin ketawa..budak2 memang byk kerenah huhu..

bayangkan kalau ada nama siti TAHI AYAM kan tk sedap tue huhu..kreatif btul budak2 skang

Naddia said...

hahah! itu pon nk kecik ati ke? sepatotnye bangge laa..^^

kpah k-poh said...

betul jugak yaaa.."hai..nama saya tahi ayam..heee.." mesti org ingat sejenis dgn tahi lembu ke tahi kambing ke..heee..

blog-tips-kurus said...

'bapak ayam, ibu ayam, musang berbulu ayam' dan sebagainya.. kesian ayam-ayam itu :-)

Amira Anorah said...

but yang paling selalu orang guna selain bunga ialah nama hari..
isnin , selasa, rabu dan blablabla...

cth: isnin bin khamis..hehe

mungkin supaya mereka senang ingat kot..
especially the one who we call as "gold fish" ..
kenapa gold fish? sebab dia hanya igt beberapa saat..rasenye..
saya lupa sikit pasal gold fish ni..maybe ada dalam satu peribahasa omputih rasenye..

Let's have a break!