Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Thursday, April 7, 2011

Bukan ke dua-dua haram?

   Kenapa orang islam amat sensitif tentang ba alif ba ya?Apa salah binatang tu?Kalau boleh tak nak sebut langsung tentang makhluk kaki pendek tu.Ba alif ba ya hukumnya najis mughalazah.Haram dimakan, disentuh, dicium, dan macam-macam di lagi.Sebab tulah orang islam langsung tak boleh sebut tentang makhluk tu.

   Tapi yang peliknya, bergaya seksi pun haram tapi kenapa orang islam buat deeeeekkkkkk je?Kenapa tak sensitif juga soal aurat tu?Bukan ke dua-dua tu haram?Kenapa orang buat tak endah je malah berlumba-lumba nak buat benda yang haram tu.Tu yang aku pelik tu.... Boleh beri pendapat supaya aku tak pelik?

ikut suka je pakai sesedap rasa

ingatkan anak beranak Marimar tadi.Dia orang takpelah nak pakai macam ni.

Cute pulak aku tengok


Punyalah sensitif dengan ba alif ba ya, Cik Put ni pun terkena tempiasnya..

19 comments:

HazIQAH iKkI hAZiq said...

Hehe...beselah manusia kak

nak kata tak cukup kain nak beli..padahal artis2 ...kaya..ada duit

kalau orang biasa pulak...nak kata tkde duit nk beli kain...boleh pulak beli kain tk cukup benang huhu

dunia kak...dunia..nk wat camne..Bila fesyen jadi tempat teratas..huhu

Tapi sy pun peliklah..deme tak rasa sejuk ke??

sakit mata je kak..sekurangnya2 ba alif ba ya tue haiwan memangle tk pakai baju..

kita nie manusia huhu...

Naddia said...

tapi tak dose pegang babi..asalkan samak. dose lagi tengok aurat kn? ape lagi pegang..

nida husna said...

apa perasaan org pakai seksi eh,,aku yg tgk pon letih rasa

mrs Gee :) said...

zaman sekrang.. manusia dah makin pelik2 kan..

☼ r A t U ● t U r Q u o i S e ☼ said...

nak buat macam mana kalau yang binatang dipandang keji .. manusia yang bertopeng binatang disanjung tinggi :) dunia .. contoh paling best .. kenapa orang jijik bila melihat orang Islam pegang anjing@babi?.. tapi tak jijik kalau bukan muhrim berpegangan .. saya bukanlah baik pun :) cuma menyampah tengok org tak sedar diri ni ..

salam singgah dari RT ..

kpah k-poh said...

yg haram..tetap haram...( betul2..anak akak pun akak ajar panggil siput babi tu sbg siput alabi..punyalah tak bagi sebut perkataan babi tu..)

JANN JANN JANNAH said...

sbb bg dorang yg otak letak kt lutut ni..aurat hanyalah dua bukit dan di celah2 paha tu je..yg lain leh dedah sesuka hati sbb bg dorg tu bukan aurat..

cantekk said...

ha betul jugak kan...

*kesian siput babi hihi ;-D
suh dia g jpn la tuko nama

ceritasekupang said...

semut depan mata nampak....gajah depan mata tak nampak...

Scarlett O'Hara said...

To Haziqah: Tulah yang dipanggil kaya tapi miskin.Kaya harta tapi miskin iman.

Scarlett O'Hara said...

To Naddia:Betul ke tak dosa?Kan hukumnya haram?Bila buat dapat dosa apatah lagi kalau sengaja.Nantilah kita tanya kat uztaz ek!

Scarlett O'Hara said...

To nida husna:Yg pakai seksi tu tentu seksa kan sebab senang kena gigit nyamuk!

Scarlett O'Hara said...

To mrs Gee: Harap2 anak2 generasi akan dtg tak ikut jadi pelik ek?

Scarlett O'Hara said...

To ratu:Haahlah.Kenapa org tak jijik tengok maksiat berlambak2 kan?

Scarlett O'Hara said...

To kak Pah : Patutlah bila cikgu tanya anak kak Pah kata snail tu siput alabi.Kak pah ajar rupanya!
=)

Scarlett O'Hara said...

To Jann: Betullah tu.Sebab tu dia org rasa pakai bikini pun kira dah tutup aurat.

Scarlett O'Hara said...

To cantekk: jauhnya nak tukar nama sampai gi Jepun!Kita beri nama siput slow nak?

Scarlett O'Hara said...

To ceritasekupang:Macam mana tak nampak?Semut tu gigit punyalah sakit.Gajah relex je.

Amira Anorah said...

sebenarnya bab1 tak hina, cuma Allah tak bagi kita makan dan sentuh sebab akan bawa mudarat je...

walaupun Allah mengharamkan babi, Allah tak cakap suruh kita hina makhluk tu kan?

Let's have a break!