Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Wednesday, April 20, 2011

Hantu bungkus muncul di Pasir Gudang

   Hujan turut makin lebat.Kira-kira 5 minit lagi sampailah aku ke rumah.Sebelum itu, aku terpaksa melalui sebatang jalan yang terkenal dengan angker! (berhantu!)Ramai orang yang dah jumpa macam-macam.Tak peliklah kerana mula-mula tanah perkuburan Kristian kemudian selang 1 km tanah perkuburan Islam pulak.Jalan pulak tu fuhhh berombak-ombak!Kalah ombak tsunami lepas gempa bumi.

  Aku nak balik cepat!Selain untuk solat zohor, aku nak tengok Marimar!Apa entah khabar si Sergio yang hensem tu!Tapi dek kerana hujan dan keadaan pun agak gelap + berkabus, tak bolehlah kereta dipandu laju-laju.Kena slow and steady...Tiba-tiba, Ya Allah!!!!Apa tu?mengurut dada aku dibuatnya.

   Hantu!!!!!Bagai nak terkeluar jantungku!Betul-betul di tanah perkuburan Islam!Melambai-lambai di tepi jalan.Nak kata warna putih, tak pulak nampak putih.Makin lama makin hampir. 
Betul-betul nampak macam hantu bungkus.Jam waktu itu baru 2.00 petang tetapi suasana amat suram dengan hujan dan keadaan agak gelap.

   Oleh kerana aku tiada pilihan, kereta pun terus meluncur laju.Bila semakin hampir, aku makin berdebar.Rupa-rupanya.....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Pakcik tua ( penjaga kubur kot) pakai baju hujan.
Serious aku takut sebab aku memang penakut kot!


7 comments:

senyumSOYA said...

huhuhu..penggali kubur..mnakotkn..hihihi

missSenget said...

terkejut yg terkawal..

:)

kalau tak bole kawal, bahaya gak.. da laa ujan...

Tok Esah said...

hahaha, nakal guh lah!! hantu 'kubur' pakai baju hujan!! hehe

HAZWAN17 said...

ni jalan kota masai nak g cahaya baru ke hehe..byk hantu erk

Novelgurl said...

Hahaha... kalo antoo betul gerenti demam uh =P

Ratu Sulaman said...

la... ingatkan apa tadi... o.. minat sergio ye hik3

sayanakhiburan said...

bole buat tajuk filem ni... Hantu bungkus baju hujan... huhuhuhu

Let's have a break!