Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, April 16, 2011

Hentian Puduraya :Maafkan aku..

   Puduraya, semua orang tahu.(Rasanyalah)Hari ini, 16 April 2011, Hentian Puduraya yang telah dinaik taraf, akan mula beroperasi semula.Walau pun aku bukan anak jati Kuala Lumpur, namun Puduraya membawa seribu kenangan buatku.Selama setahun aku berulang alik setiap minggu dari Bandar Tun Razak ke Pasir Gudang.Hinggakan penjual tiket Zulco ( kemudian ditukar Zuco) pun dah cam muka aku.

   Habis kuliah biasanya dalam pukul 12 tengah hari.Kemudian aku terus ambil bas ke Puduraya.Tiket jam 4.00 petang.Maknanya lama juga aku terpaksa menunggu di Puduraya.Jika surau dibuka, aku duduk di luar surau.Jika surau ditutup ( aku tak beranilah lepak-lepak kat luar surau tu sorang-sorang) aku duduk je di platform 16 sambil membaca buku.Banyak kenangan yang tersimpan tetapi satu-satunya yang tak mampu aku lupakan adalah kenangan didatangi seorang anak remaja belasan tahun.

   Waktu itu aku sedang duduk membaca di paltform.Anak remaja lelaki tu datang padaku dengan wajah sedih.Dia beritahu datang dari Kelantan mencari abang di Kuala Lumpur.Kononnya dompetnya dicuri orang.Dia meminta duit untuk tambang balik ke Kelantan.Kebetulan waktu itu, memang aku  bawa wang lebih.Tapi, syaitan telah menghasutku agar tidak menolongnya dengan pelbagai prasangka buruk.Jadi aku tak menolong.Bila bas tiba, aku pun terus bergegas menaiki bas tanpa mempedulikannya yang terus merayu dan kemudian aku langsung tak ingat pada anak remaja tersebut.

   Beberapa minggu kemudian, seperti rutinku yang biasa, aku duduk lagi di Platform 16 menunggu waktu bertolak.Tiba-tiba aku terlihat kelibat anak remaja yang sama, dengan baju dan kopiah putih yang sama ( namun jelas kelihatan lusuh).Dan alangkah terkejutnya aku kerana dia kelihatan seolah-olah hanya tinggal kulit dan tulang.Mungkin selama beberapa minggu selepas aku berjumpa dengannya, hidupnya tak tentu dan merempat.Mungkin benar dompetnya dicuri.Mungkin aku silap berprasangka buruk padanya.Lalu aku cuba dekati dia namun, orang berpusu-pusu dan kebetulan bas yang ku tunggu pun tiba.

   Sehingga kini, aku benar-benar menyesal kerana gagal membantu orang yang memerlukan.Betapa aku terlalu mementingkan diri sendiri.Tapi bak kata orang, menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.Aku hanya mampu memohon kemaafan dari jauh dan mendoakan keselamatannya.

Bila terlihat saja bangunan ini dari bas 122, hatiku berdebar-debar kerana bimbang tiket bas habis untuk pulang.


Beginilah sesaknya Hentian Puduraya yang aku kenal dulu.


Inikah rupa Hentian Puduraya yang baru?


6 comments:

Tengku Nizam said...

sedih kisah ni .. apelah jadi budak tu sekarang ..

Abang Long said...

Salam...kita serupa, banyak kenangan di PR tu..

Pasal budak2 minta sedekah ni kadang2 membingungkan juga..kasihan yapi pada ms yg sama rasa cam tipu pula..ye la kadang2 ada sindiket.

Pernah juga dulu seorang buta dtg meminta sedekah di hawker center menara maybank, petangnya kecoh org tsb kena pukul di parking lot.. Apa tidaknya, mana mungkin seorang buta boleh memandu sebuah kereta honda civic!!

pondokburuk said...

akak dulu pun selalu perhatikan kalau sdg tunggu bas kat mana2, hati tersentuh tapi ragu2 nak tolong sb dah selalu terkena...hemm..lamanya tak jejak kaki kat Puduraya.

Scarlett O'Hara said...

To Tengku Nizam :Tu yg sedih tu.Entah2 betul dia nak balik Kelantan masa tu.

Scarlett O'Hara said...

To Abang Long :Sebab syak wasangka buruk mcm tulah saya tak bantu budak tu walau pun duit ada.Menyesal sangat!Sampai sekarang maish teringat muka dia yg dah macam tengkorak.Kurus sangat.

Scarlett O'Hara said...

To Pondok Buruk:Mmg rindu nak melawat Puduraya.Maklumlah banyak kenangan pahit manis kat situ.

Let's have a break!