Saturday, April 30, 2011

MEREKA ...

   Dulu MEREKA cukup lemah lembut.Jika ada apa-apa masalah, bincang cara elok.Takde buat rusuhan,takde buat demokrasi, hormat masjid dan saling mempercayai dan menghormati.Tapi sekarang?Tiap-tiap hari ada saja cerita tak elok tentang MEREKA.Rogol, bunuh, dadah, judi, pelacuran, demo, rasuah, dan 1001 macam lagi.Agama hanya setakat perhiasan.Ajaran agama langsung tak dihiraukan.Kalau pun ingin maju setanding bangsa-bangsa lain di dunia, janganlah sesekali menggadai maruah bangsa, menjual maruah diri.Akhir-akhir ini pulak, dek kerana seorang manusia yang entah betul entah tidak, MEREKA sanggup bertolak-tolak, berdemo, di masjid.Lepas tu solat hajat seolah-olah .... entahlah!Memberi sokongan bukan tak boleh, tapi biarlah berpada.Tak perlulah menggunakan agama untuk membela seorang manusia yang .......
(Fikirlah sendiri)

   Pendek kata, yang tua, tak betul dengan cara tuanya.Yang muda, tak betul, dengan cara mudanya.Akibatnya, daripada sebuah bangsa yang dihormati, mereka makin dipandang sepi.Bangsa yang mudah diperkotak-katikkan, mungkin itu persepsi bangsa lain.Jika MEREKA boleh telanjang depan kamera, maka apa bezanya MEREKA dengan bangsa-bangsa lain yang ada?

  p.s: MEREKA adalah bangsa Melayu, bangsaku.


'Melayu baru'


   

3 comments:

Unknown said...

hindarilah fitnah bersangka baik dgn orng lain dan jaga maruah diri sendiri

Unknown said...

tiada kompromi kepada yg menghina ISLAM...mana perginya org yg berkuasa dlam AGAMA ISLAM dlam hal nie..sgt menyedihkan.....

Ayie said...

kesiaan.. yang nak bersumpah dihalang.. Yang taknak bersumpah, sibuk cari alasan.. masalah masalah masalah..

Post a Comment