Sunday, April 3, 2011

Phewiit!!!

  ASTRO!Terima kasih kerana menceriakan hariku.Asalnya aku sangat sedih dek masalah bw yang aku hadapi.Tapi bila aku dapat tahu je ASTRO pilih pujaan hatiku sebagai pengetua, terus hilang mendung yang bertandang.Terima kasih sangat-sangat!

  Aku pernah tulis tentang perkara ni bulan Februari lalu.Dan aku benar-benar berharap ia menjadi kenyataan.Akhirnya terkabul juga harapanku cuma mula tu agak suspens la juga tapi aku tahu itu semua gimik Pak Nil je untuk membuat jantung penonton berlari kencang.Terima kasih sekali lagi ye ASTRO!(Tapi maaflah sebab aku tak tengok 100% AF9 ni.Aku tengok kalau ada pengetuanya je)


Inilah Tuan Pengetua kita...
Phewiiit!!!Amy Search pujaan hatiku!
(Jangan marah ye Mrs Amy)

Opss!Aku nak berlama-lama blogging ni maklumlah  malam minggu tapi esok aku harus bertugas demi meraikan kedatangan Dato' Khalid Nordin ke sekolah ku.
( Kerja 7 hari seminggu nampaknya aku hari ni)
[Takpelah.... aku ikhlas demi anak-anak didikku]
... dan aku sempat siapkan menjahit batu lip lap di baju kurungku untuk dipakai esok...

Inilah Dato' Khalid Nordin kalau ada yang tak kenal


Last sekali aku google 'kucing rock' dan ini yang Cik Google bagi...


0 comments:

Post a Comment