Tuesday, April 26, 2011

Sejambak bunga tanda kasih

   Selasa : 26 April 2011. Bermakna 12 hari lagi genaplah setahun usia blog aku yang tak seberapa ini .Ibarat seorang bayi, usia setahun, baru berjalan jatuh.Botol susu pun masih di mulut.Bercakap masih pelat dan masih lagi pakai diapers.Masih hingusan kata orang.Hari pertama aku berblog adalah pada 8 Mei 2010.Sebelum tarikh tersebut, aku cuma jadi pembaca setia blog-blog orang lain saja.

   Ibarat bayi yang baru dilahirkan, pengalaman banyak mengajar aku.Aku masih lagi ingat betapa aku duduk berjam-jam mengadap Cik lenovo ungu aku untuk update blog.Edit itu, edit ini, letak entah apa-apa widget, letak lagu dan macam-macam lagi.Yang paling aku suka dan rasa ralat untuk buang adalah lagu Love Story dendangan Andy William dan kemudian lagu Tiada Lagi dendangan Amy Search.Aku sayang sangat nak buang, tapi aku tahu, sesiapa pun yang blogwalking tak suka diganggu dengan apa-apa lagu.Demi blogwalking, aku berkorban..

   Dulu aku tertanya-tanya.Macam mana follower sesuatu blog itu boleh mencecah ribu.Ribu tu bukan sedikit.Tapi hari ini, follower aku pun dah 1493.Walau pun tak seramai follower En Ben Ashaari atau Yuyu Zulaikha, tapi aku puas.Kalau boleh, menjelang setahun usia blog aku, aku ingin mendapat 2000 orang follower.Dulu aku target 500 orang je.

   Dulu, bila ada je blogger cerita tentang BE, cepat-cepat aku baca entry mereka.teringin sangat nak dapat BE.Sekarang ni alhamdulillah, aku dah pun dapat 9 BE walau pun dalam sehari visitor aku purata dalam seratus orang saja.Maklumlah, aku hanya dapat aktif berblogwalking di hujung minggu saja.Hari-hari lain, aku terpaksa curi-curi masa rehat yang ada.

   Dulu, semasa mula-mula berblogging, aku menggunakan Bahasa Inggeris.Aku mula menggunakan Bahasa Malaysia mulai Oktober kerana menghormati bulan bahasa kebangsaan.Niat hati untuk terus menulis dalam B.Inggeris selepas bulan Oktober tetapi niatku terpaksa diubah atas permintaan pembaca yang meminta aku terus menggunakan Bahasa Malaysia.

   Dulu semasa mula-mula menulis, aku takut tulisanku tiada siapa yang sudi membaca.Kini, andai aku tak menulis dalam sehari, pasti ada yang ternanti-nanti.Setakat hari ini, masih banyak lagi ilham yang tersimpan di fikiran menanti untuk aku luahkan.Mudah-mudahan apa yang aku kongsikan dapat memberi manfaat pada semua.

   Setelah hampir setahun, rasanya aku mesti meletakkan bloglist untuk teman-teman blogger yang amat rajin berkunjung ke mari.Insyaallah, hujung minggu ini, akan aku tunaikan hajatku untuk menyenaraikan blog-blog pengunjung setia blogku.

   Hari ini, separuh hatiku puas dengan apa yang telah ku capai dalam dunia seorang blogger namun separuh lagi, masih tidak puas kerana aku tahu aku boleh menjadi seorang blogger yang jauh lebih baik seandainya aku punya lebih banyak masa.

   Sementara itu, jutaan terima kasih buat semua, pembaca atau follower ku yang setia kerana tanpa kalian Scarlett's Petals takkan ke mana.Doakan yang terbaik buat anak usia setahun yang baru belajar bertatih ini.


Sejambak bunga tanda terima kasih

   

   

6 comments:

grOundnUt said...

huhuhuh...kacang dah setahun lebey berblog..tapi follower tak ramai plak..=(

Ayie said...

sejambak bunga tanda kasih..
sedas penampo tanda marah..
sebijik komen tanda ingatan..

^o^

toyolkiut said...

tahniah..
slmt hr jadi, blog..

setahun dh, follower pun beribu..
pencapaian yg mmbanggakn..

ddjfr said...

pehh.baru setaun dah main ribu riban followers.saya dah nak masuk 2 taun,tak sampai 60 org lagi.huhu.kena lebih banyak berusaha ni.

Ur Other Half said...

bukan sng nk jd blogger tegar. kehkehkeh

gnesop said...

Tahniah
setiap usaha ada kejayaan

Post a Comment