Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Thursday, April 7, 2011

Terima kasih Putera Pengiran Azizi dan SK1

   Semalam memang aku grrrrr dengan macam-macam kes yang dikaitkan dengan guru aka cikgu.Rasa macam malas dah nak terus menggalas title cikgu tu.Tapi tadi di sekolah, kata-kata anak-anak murid aku tersayang telah menyedarkan aku bahawa memang aku ditakdirkan untuk menjadi guru olehNya.Rasa tersanjung sangat dapat pujian dan penghargaan dari seorang anak murid yang langsung aku tak sangka.

  Awal Januari aku mula mengajar anak murid aku tu dan kawan-kawan sekelasnya.Masa tu, English macam membuatkan dia orang menyampah.Mengantuk je di kelas.Dahlah tu, Si Kecik tu selalu mencabar kesabaran aku dengan perangainya yang memang boleh buat aku hilang sabar.Dan antara anak murid yang susah untuk aku dekati adalah yang memberi penghargaan buat aku hari ini.Masa tu, mencuka je muka dia.Susah sungguh nak lihat dia tersenyum atau beri respon semasa aku mengajar.

  Tapi perubahan mula aku lihat selepas Ujian Pertama.Seorang je gagal itupun kerana silap percaturan.Yang lain, wah!boleh tahan.Dan suasana kelas yang muram dan dingin mula berubah menjadi amat menyeronokkan.Aku pun rasa tak sabar-sabar nak masuk mengajar ke kelas berkenaan.Dan anak murid aku sorang tu yang kedekut nak senyum, dah nampak makin mesra dan nampak ceria @ happy time p&p.Alhamdulillah..... Hari ini, dia membuatkan aku rasa tersanjung semasa ULBS dengan kata-kata....

"To my favourite teacher...." 
[Terus hilang sakit yang aku tanggung!]
Terima kasih banyak Putera Pengiran Azizi
... dan anak-anakku yang lain
Eman
Kechik
Billah
Bo
Hakim
Is
Zila
Fara
dll

Nah!Teacher belanja KFC!




3 comments:

senyumSOYA said...

waa~ bangga jadi cikgu!! tahniah...

kpah k-poh said...

kak pah suka subjek bahasa inggeris..masa sekolah dulu..kpah suka sangat guna ayat ini.." look at me when i'm talking to you..."..hohohoooo

Mohd Ridhuan said...

bstnye jd ank murid...
cikgu belaja kfc...
huuhuhuhuh

Let's have a break!