Thursday, May 19, 2011

BE ku ke 10.

      Semalam,sehari tak blogging kerana demam.Biasalah cuaca sekejap panas, sekejap sejuk jadi kesihatan aku pun macam tu.Selain demam, tekak pula sakit semacam.Dah dua, tiga hari aku demam tapi disebabkan tugas ( mengajar dan blogging. :D ), aku gagahkan juga.Oh ya!Aku nak ucapkan terima kasih kepada Penolong Kanan HEM aku, En.Mohd Ali Harun kerana sudi tengokkan kelas aku sekejap semasa aku betul-betul rasa macam nak pengsan dek suhu badan yang naik melampau.Lepas makan ubat, alhamdulillah, aku ok balik.Terima kasih juga kepada 4SK3 kerana jadi budak baik hari tu.Biasanya walaupun kelas relief, aku akan tetap mengajar dan beri anak-anak aku tu handout tapi semalam aku betul-betul tak larat.Mudah-mudahan En.Mohd Ali yang budiman tidak menganggap aku guru yang malas ye ( relief setakat masuk kelas tapi biar je budak-budak buat kerja sendiri.aka main)

   Hari ini, dek kerana suhu badan yang masih tinggi dan sakit tekak yang aduhai.. peritnya, maka aku terpaksa mc.(Aku malu nak mc tapi aku takde pilihan lain) Terima kasih pada Puan Rozana kerana sudi menyampaikan mesej yang aku mc kepada Guru Kanan yang membuat relief.Dari pagi aku tergolek je atas tilam.Dalam pukul 6 petang barulah aku rasa ok sikit dan terus aku capai Cik lenovo aku ni.Pertama sekali, aku nak tengok ada ke tidak pelawat ke blog aku.Alhamdulillah, walau pun taklah seramai pelawat En.Ben atau Cik Epal.

   Kedua, aku check komen ada ke tidak.Macam biasa walau pun tak ramai, tapi komen tetap ada.Konsisten kata orang.Tiba-tiba aku teringin pula check earning ada ke tak BE.Tak mengharap sebenarnya tapi Yahoooo!!!!!Ada juga satu BE baru iaituYTL Yes LB.BE yang ini adalah yang kesepuluh setakat ini.Maka tambah sihatlah aku walau pun asalnya tadi mood aku rasa macam nak mati je.Opps!Allah beri ujian supaya aku jadi hambaNya yang sabar.Mudah-mudah, esok aku tambah sihat dan dapat ke sekolah berjumpa anak-anak murid aku yang tersayang.Sesungguhnya, merekalah yang menambah seri hidupku yang suram...

Kucing Cik Google turut gembira atas pemberian BE ku yang ke sepuluh.

p.s:Nak cari maklumat tentang YTL LB Yes sambil blogwalking
  

0 comments:

Post a Comment