Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, May 28, 2011

Di neraka lagi panas kak! Debukk!!!

   Biasa makan di kedai tak?Kalau biasa, tentu perasan kan yang kebanyakan pelayan atau penjaga kaunter di kedai-kedai tu biasanya pakai tshirt / blouse atau jeans kan?Jarang ada yang pakai baju kurung sepasang.Tapi semalam, aku nampak, daripada pelayan hinggalah tukang masak semua manis berbaju kurung.Aku sempat tanya sama ada mereka sekeluarga atau bukan.Adik pelayan tu kata, semua anak-beranak.Kira bisnes keluarga.

   Kemudian, belum sempat aku tanya, adik tu dah beritahu yang takde sesiapa paksa mereka berbaju kurung.Mereka dah biasa berbaju kurung.Lagi pun pakai baju kurung kan nampak sopan selain menutup aurat.Kemudian, gatal pulak mulut aku tanya, tak panas ke?Adik tu jawab, di neraka lagi panas.Alamak!Terkena aku sebijik.Nasib baik aku baru balik dari sekolah maka berbaju kurung lengkaplah aku.Kalau tidak, lagilah aku malu.Dalam hati aku berbisik, kalaulah semua gadis-gadis muslim berfikiran macam adik tu, kan bagus.Takdelah kes bertudung tapi nampak G String.

  Hari tu, asalnya aku nak minum je tapi dek kerana terpikat dengan kesopanan para pekerjanya aku pun makan nasi.Dan buat pertama kalinya aku mengenal dan merasa ulam daun Tenggek Burung.Tiba-tiba, terasa macam zaman dulu-dulu pulak.


Gambar pinjam daripada Cik Google.
(Harap-harap betullah ye.Lupa pulak nak tengok betul-betul sebelum makan)

7 comments:

Munirah said...

tak pernah dengar nama ulam tu.. gerai sekarang slalu nmpk pelayan pkai bju lengan pendek n berselendang jarang..

IFA Athirah said...

almk.blum prnah mkn lg ulam tnggek burung tu.faveret sy tu mkn ulam

Khairil said...

kedai mana tu pergi makan?...kedai tom yam ke? ...selalunya di kedai tomyam pekerja2 dia akan pakai baju kurung...

senyumSOYA said...

macam ulam pucuk ketereh pun ada rupa dia.... heheheh
sedap x?
kedai makan tu kat mana ek (^^!

Kak Aya said...

sekarang ni bertudung lebih kepada berfesyen ( bukan semua tapi segelintir besar kita boleh tengok cara mereka berpakaian). semoga kita semua dilindungiNya , insyaallah.

'idun sa'idun said...

Errrkkk.. saya pun terasa debuukkk gak.. hehehe pes time singgah sini.. saya follow.. :)

gedek! said...

patut nya upload la gambar g string tu....

lalalala.....

Let's have a break!