Saturday, May 28, 2011

Kalau dah kucing tu, tak usahlah jadi Pikachu (sebab nak menang)

   Tentu ramai yang tahu tentang Digi WWWOW Awards For Blogger of the year, kan?Di mana-mana, tentu kita jumpa blogger-blogger yang giat berkempen untuk menang.Dah macam kempen pilihanraya pulak!Semangat tu bagus tapi janganlah sampai terlebih berkempen.Bila dah terlebih, daripada orang nak mengundi, terus menyampah jadi tak mengundi.Kan rugi tu?Aku pun kadang-kadang rasa macam tu jugak.Akibatnya, blog yang tiap-tiap hari aku singgah, terus aku malas nak singgah!Aku singgah sebab nak baca post terkini tapi kalau post terkini asyik-asyik pasal mengundi je, malaslah aku nak singgah.Baik aku ketuk pintu rumah newbies yang selalu hidangkan sesuatu yang baru.

   Pada akulah, sama ada kita berkempen atau tidak,kalau kita memang ada di hati visitors @ follower kita, tentu mereka sudi nak mengundi kita.Kemenangan macam nilah yang besar ertinya kan?Tapi kalau kita menang semata-mata kerana kempen mega yang kita lancarkan, bagi aku langsung takde makna.Biarpun vsitors ribu-ibu, tapi datang cuma sekali, follow lepas tu mengundi, lepas tu terus tak nampak atang hidung, pun tak guna juga.Entahlah susah aku nak huraikan apa yang aku rasa.

   Kesimpulannya; Berpada-padalah semasa berkempen.Jangan buruk-burukkan calon yang lain.Kalau ada rezeki, tak ke mana.Kepada yang jadi follower tu, kalau betul suka kat blogger tertentu tu, undilah segera sebagai tanda memberikan sokongan.Akhir kata, majulah blogger untuk negara.

Untuk ranking terkini, sila ketuk pintu rumah Jay


Kalau kita ni kucing, tak usahlah menyamar jadi Pikachu.
(Gambar pinjam daripada Izyan Masri)

Peringatan
Ini cuma pendapat aku je.Takde kena mengena dengan blogger-blogger yang bertanding.

6 comments:

Anonymous said...

eeehhh! x sangka ada jugak org yg rasa macam aku rasa. tu la, promo bagai nak rak sampai rasa malas nak baca apa yg dia tulis....

Uji Hussein said...

To Redvixen: Bila tengok ranking tu, rasa macam tak valid je.Entahlah...

Ayie said...

teman memang tak bukak la entry promo promo bagai nih.. baik layan entry tak cukup akal.. lagi best.. hahaha

rafina mimi abdullah said...

cara masing2 untuk mendapat undian..kreatif pun ada diorang ni..hehe.. :)

kpah k-poh Sharifahnor said...

blog akak ke?? sebab akak ada buh kempen DIGI tu...sekadar menolong sesama blogger...

Kak Aya said...

saya tak undi mana-mana blogger...ntah la tak ada sebab kenapa tak undi, dengki kot sebab blog sendiri duduk takuk paling bawah he he

Post a Comment