Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Tuesday, May 10, 2011

Seorang posmen bernama Meja...

     Biasanya cara berhubung adalah melalui surat,telefon, sms, email dan lain-lain.Jika di zaman dahulu, orang berhubung dengan menghantar telegram.Terdahulu dari itu, dalam filem-filem lama, orang berhubung dengan meletakkan surat di awah tempurung atau di tempat-tempat rahsia.(Terutama antara pasangan kekasih terlarang).Ada juga yang menggunakan khidmat burung merpati sabagai posmen. Namun pernahkah anda tahu bahawa MEJA juga bertugas sebagai penghubung antara satu sama lain hinggalah ke hari ini.Penemuan ini menunjukkan betapa kreatifnya manusia dalam mempelbagaikan fungsi sesuatu alat.Tak percaya?Cuba scroll down!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

ATTENTION!!!
* sapew yg amex mp3 & dompet aku,
tolong ar pulang...  =(
lau x aq cari!!
potong kpala!hehe2

Yelah tu.Org yg duduk
kat sini ( sesi ptg)
x amex lah pakcik
dan makcik oi!!!!

( Penggunaan bahasa remaja di atas disalin bulat-bulat dari meja yang menjadi penghubung.Ooooo.....Pergi sekolah bawa mp3 ye!Ini nak kena slip penalti ni!)

     Perenggan yang pertama ditulis oleh pelajar di sesi pagi.Mesej yang disampaikan oleh meja ditujukan kepada pelajar di sesi petang.Perenggan yang kedua adalah jawapan pelajar sesi petang.Kelakar bunyi jawapannya.Tiba-tiba hilang rasa mengantuk aku bila membaca mesej yang telah disampaikan oleh meja tersebut.Rupa-rupanya macam-macam lagi mesej yang telah berjaya disampaikan oleh meja-meja yang lain.Bertuah punya budak!Habis meja kau conteng!

Haaaa.....Sekarang dah percaya meja sebagai posmen?

p.s:Kepada anak-anak murid teacher yang tahu di kelas mana meja yang tercatat mesej di atas, cepat-cepatlah berikan jawapannya di ruangan komen untuk entry ini atau di Facebook.Siapa cepat dan betul jawapannya,teacher beri hadiah istimewa.

10 comments:

ZWAN SABRI said...

a'ah la.. tetiba tringat plak kat meja2 kat dalam kelas.. dah macam dialog plak kat meja tu bila ada sesi balas membalas.. HAHA


MySuaraBlog: Hormon Testosteron Penting Untuk Lelaki

cikcahya said...

trgat zaman sekolah agama dulu..
trpisah dgn kawan karib.
dia trpksa tkar persekolah sesi petang sdngkan sy sesi pagi.
dulu2 mmg xda telefon bimbit.
surat diletak bwah meja la.seronok rasa ye. xmcm zmn skrg. xmerasa kesoronokkan bdak2 70-90an. hehe :P

~~Ticer Wann~~ said...

haha macam2 la bebudak nih

grOundnUt said...

Haa..kacang pon pernah plak tertinggal wallet bawah meja...tak gune betul bebudak sekolah petang..IC pon dia amik simpan..kacak sangat ke kacang neh..cis!>,<"

blog-tips-kurus said...

ai suka berbalas message guna kertas pita halus kat lab tu.. :-)

kpah k-poh said...

selalunya kat meja ada tertulis.."effa was here.." gitulah adanya..kenangan lama..!!!

Ini Kisah Tia said...

haha . kalau meja kaler coklat , habis kena conteng guna liquid paper ..

Ayie said...

Rindu la zaman sekolah.. ^^

Nizam said...

hehehe...teringat balik kisah zaman sekolah dulu... :)

Mohd Ridhuan said...

hehehehhe...
meja sebgai penghubung...

Let's have a break!