Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, May 29, 2011

Serangga terbang + kipas magic=bergelap le aku!

   Semalam, lepas bw ke rumah Belalang, badan rasa tak sihat.Terus demam sampailah ke zohor siang tadi.Lepas zohor, ingat nak blogging tapi elok je aku nak mula dating dengan Cik Lenovo aku ni, hujan mula turun diikuti dengan petir, guruh dan halilintar berdentum-dentam.Jadi dek kerana aku ni spesis yang penakut, maka tak jadilah aku blogging.

  Kata orang, barang elektrik boleh rosak jika digunakan semasa guruh berdentum.Termasuklah netbook, laptop dan yang sespesis dengannya.Mitos ke fakta?Maklumlah, bab sains ni aku cukup-cukup makan je.Lainlah bab bahasa, Cik Seri pun kalah.(Lama tak nampak Cik Seri.Mana dia pergi?)

   Tapi dah nasib aku agaknya kerana kipas bunga aku yang boleh kembang kuncup tu kena jugak.Habis lampu satu rumah padam kalau aku on kipas magic aku tu.Ada short kat mana entah.Dah lah tu, habis je hujan, terpaksalah aku off semua lampu dalam rumah.Kalau tidak berpuluh-puluh ekor serangga yang aku pun tak tau apa namanya datang menyerang.Saiznya sebesar jari kelingking dengan panjang 1 inci.Macam penyengat pun ada.Maknanya, aku blogging pun dalam gelaplah ni.( Alamak!!!Serangga tu mula nak menyerang Cik Lenovo aku !)


Inilah rupa kipas magic aku



macam nilah rupa serangga yang menyerang tu.

Di luar pulak, riuh bunyi ngeong, ngeong, ngeong, ngeong, degedek,gedek!!

Bunyi En.Katak dan keluarganya.
   

6 comments:

Kak Aya said...

kak aya selalu off je tv, pc, laptop, kalau guruh berdentum.

Azroy Kassim said...

Baa~ CAK!!

Itu bukan mitos tapi benar sebab semasa guruh, over current mudah berlaku. Bila over current berlaku voltan akan naik mendadak. Jadi peralatan kurang ciri-ciri keselamatan berisiko mengalami kerosakan. Kipas tu munking ada komponen yg terbakar atau rosak. Jadi berlaku sort cct dan mengakibat kan kotak fius padam dan berlaku black out.

Tentang serangga itu pula mereka mudah tertarik kepada cahaya dan bergerak active di kala musim hujan. Tp jgn risau. Livono tahan sheltox.

whitecappuccino said...

bunyi guruh jer terus switch off semua..takott!

Mrs.Yie said...

kat sini petang tadi pun ribut petir tapi cepat2 je tutup segala peralatan letrik..risau..

Khairil said...

sesekali bergelap best juga...hehe..

RedVixen said...

hahaha... macam night safari! :P

Let's have a break!