Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Friday, June 10, 2011

Andai dapat ku undurkan putaran dunia..

    Petang-petang begini, dengan semilir angin sore yang berhembus, tiba-tiba aku rindu yang amat pada kenangan zaman kanak-kanak.Petang-petang beginilah aku dan adikku yang berbeza umur hanya setahun menaiki vespa pakcikku, Angah Salim.Oleh kerana zaman kecilku dulu, kami ala-ala kanak-kanak Somalia, aku dan adikku dibenarkan berdiri di depan semasa angah membawa vespanya keliling kampung.Angah suka menyanyi.Macam-macam lagu angah nyanyikan semasa kami meronda keliling kampung.

   Dengan udara kampung yang masih suci, aku tak jemu-jemu memerhati keindahan alam ciptaan tuhan.Lalang yang memutih, amat indah bagiku.Hatta, bunyi burung yang berlagu, juga amat menghibur hatiku.Ah!Alangkah bahagianya jika semua itu bisa kembali.Namun aku sedar.Semua itu adalah tidak mungkin.Yang dapat aku lakukan kini, hanyalah melayan kenangan yang sesekali muncul kembali.Ah!Andai dapat ku undurkan putaran dunia....

Lalang memutih takkan membuatkan ku sedih


Vespa kenangan membawaku berjalan-jalan.


Hish!Orang sedang melayan perasaan, Cik Tucin ni nak enterframe jugak!

0 comments:

Let's have a break!