Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Friday, June 3, 2011

Blog review Pertama : Bukan Musang Berjanggut!

   Buat pertama kalinya, bagi membalas jasa baik teman-teman yang rajin berkunjung, aku dengan rendah hati ingin mereview ( pelik pulak bunyinya) blog teman-teman yang terpilih.Pilihan pertama adalah: ......

Red Vixen @ Musang Merah
(Bukan musang berjanggut ye)

Lihat apa kata Cik Musang ni tentang dirinya:




"Seorang budak biasa yang blur-blur dan suka makan pada masa lapang. Mempunyai lebihan lemak di sekitar tubuh badan serta malas bersenam. Suka mengabehkan masa dengan bermain game dan memekakkan telinga dengan muzik sekuat-kuat alam."

(Kelakarlah Cik Musang ni!)

Cik Musang ni tinggal di Kangar,Perlis.Masih seorang pelajar dan merupakan peminat Yuna dan Zee Avi.Cik Musang berbintang Aries ni suka Harry Potter dan Roald Dahl.(Aku pun suka!)

Jom kita ke taman dia pulak iaitu Beat Garden.

Beat Garden

Inilah header Cik Musang Merah @ Red Vixen.

   Taman Cik Musang ni ada bangku berbual tempat kita borak-borak.Selain itu,setakat hari ini ada 187 ekor kupu-kupu yang sanggup mengekor Cik Musang termasuklah aku.Wah!Orang Muo kawan aku pun dah jadi salah satu kupu-kupu yang mengekor Cik Musang.Aku percaya tak lama lagi, makin ramai sudi jadi kupu-kupu Cik Musang sebab Cik Musang ni mesra alam.

   Ada juga seekor burung 'crane'(maaf, aku tak pasti nama Melayu dia) yang sudi bertugas sebagai cursor.Cik Nuffy pun turut menyewa di taman Cik Musang ni.Tapi dah ada BE atau belum, tak pasti pulak aku.Dah tu ada pulak banner Cik Musang seru sesiapa yang nak follow.Cute!

 Ada pulak pokok yang berdahankan post-post yang pernah Cik Musang tulis.Kreatifnya!Pulak tu ada kalender jadi taklah aku lupa haribulan sebab asyik sangat blogging!Eeh!Ada bunga!Bunga-bunga Cik Musang adalah post-post Cik Musang juga.2010 ada 45 kuntum bunga.2011 ada 84 kuntum bunga.
   
   Luahan hati Cik Musang dibuat dengan selamba tapi cukup menghiburkan.Kadang-kadang kelakar.Tak jemu aku membaca.Sangat sesuai untuk aku suka mengembara di alam bunian ini.Tajuk post dia pun kreatif.Suka sangat!

   Para pelawat ke sini juga akan dihidangkan dengan bunga-bunga kegemaran Cik Musang.Kita juga boleh merehatkan badan di pondok-pondok rehat yang disewa oleh ramai blogger-blogger contohnya Jejaka Terhangat.Akhir sekali aku lampirkan gambaran wajah manis mesra Cik Musang Merah @ Red Vixen.Jomlah sama-sama kita ke tamannya!

   

Cik Musang Merah kata:

"Smile. And the whole world will be smiling back at you" :)

Kesimpulan :
Aku suka Cik Musang Merah ni sebab dia ramah, selamba dan kelakar.
Rajin pulak datang rumah aku yang banyak kelopak bunga.

    (Uiiik???? Apsal aku type huruf kecik font pulak lain yang keluar huruf besar gedabak punya font?Jadi tikus membaiki labu lagi aku hari ni. Janji boleh baca tak pe kan.Sori ek, kalau sakit mata sikit.Nanti malam aku adjust.)

    

6 comments:

Cik Purple said...

review la blog sy pulak..hikhikhik..:p

RedVixen said...

eeeehhhhh??? apakah ini??
tekejutnya aku... huhuhu :D

detail gila la review ni. siap kira berapa batang pokok berapa batang bunga lagi. huhuhu. aku sendiri pun taktau :P

tengs ye cik scarlett. suka jugak masuk blog ko yang banyak petals ni :)

tengkiu100x!:D

Scarlett O'Hara said...

Alamak!!!Penat aku gode mana yang patut.Tulisan tu tetap keluar capital letters dgn font besar gedabak.Sorry ye kalau sakit mata.Cik Lenovo aku merajuk agaknya hari ni.

Scarlett O'Hara said...

To Cik Purple: Jgn risau. tak kisah punya nak review kalau ada masa.=)

Scarlett O'Hara said...

To Cik Musang: Marah ka? :D

Kak Aya said...

hmm bila dah free dengan blog orang lain, boleh la datang review blog kak aya pulak ye...

Let's have a break!