Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, June 11, 2011

Britney Spears bakal kahwin lagi.


   LOS ANGELES - Bintang sensasi yang terkenal lagu Ops I Did It Again, Britney Spear bakal mengahwini tunangnya, Jason Trawick. Sebelum ini, Spears, telah merahsiakan majlis pertunangannya itu.Pasangan tersebut memberitahu, mereka merancang untuk berkahwin dalam satu majlis sederhana di Hawaii selepas berakhirnya sesi jelajah dunia penyanyi itu pada penghujung tahun ini.

   Trawick, 39, yang merupakan ejen pencungkil bakat dan kini bertindak selaku pengurus Britney dikatakan telah melamar Spears dengan menulis puisi romantik dan menghias keseluruhan tingkat bawah rumah agam di Los Angeles dengan bunga serta lilin. Spekulasi mengenai pasangan itu mengikat tali pertunangan pada minggu lalu tercetus selepas terdapat foto yang menunjukkan Spears memakai cincin berlian di jarinya.
   Ini merupakan perkahwinan ketiga Spears, 29. Perkahwinan terakhir penyanyi itu bersama bekas suami, Kevin Federline dikurniakan dengan dua orang cahaya mata lelaki dan hanya bertahan selama dua tahun. - Agensi
Sumber :Kosmo
p.s: Britney said, "Ops!I did it again!"

1 comments:

amir aizat said...

haha xminat dy, tp lgu layan la jugak.haha

Let's have a break!