Sunday, June 26, 2011

Eeh!Macam dah raya pulak!

     Aku perasan ramai yang macam dah kena demam nak raya.Kalau bab tempah baju tu, awal tahun lagi aku rasa ramai yang dah hantar tempah.Kalau sekarang ni rasanya ramai tukang jahit yang dah tutup tempahan.Sehari dua lagi, aku rasa berlambaklah sampel kuih raya di mana-mana.Rupa memang cantik tapi rasa tak taulah.Bagi aku, tak salah berniaga tetapi kenalah jujur.Aku pernah kena 2 tahun lepas.Sampel bukan main sedap.Guna butter.Tapi bila tempah, hampeh.Sah-sah guna Planta je.Bukan aku nak rendah-rendahkan Planta tapi, biarlah sampel dengan tempahan tu sama rasa.


Kuih tat macam nilah yang aku kena tipu dulu.

   Bila cerita tentang raya, tentu aku teringat kenangan raya zaman kecik-kecik dulu.Apa taknya, masa tu raya tak sah kalau takde bunga api.Aku masih ingat lagi bunga api cap Kucing.Masa tu aku tinggal di kampung.Rumah jauh-jauh.Bila main tu, aku suka bengkokkan hujung bunga api tu kemudian bila dah menyala, aku campak bunga api tu atas pokok durian atau rambutan depan rumah.Maka tersangkutlah bunga api tu jadi macam bintang berkelip-kelip di langit.


    Hari raya juga mengingatkan aku pada air sirap pandan.Bila terhidu je bau harum sirap yang mak buat tu, aku tau yang hari raya dah dekat.Seronok bukan main hinggakan tak lena tidur.

Sirap pandan special.
Gelas bunga macam contoh di atas tu dah jadi lambang kemewahan sesebuah keluatga zaman aku kecik-kecik dulu.

    Tapi, bila cerita tentang raya dulu-dulu, yang paling seronok adalah aktiviti mengejar ayam untuk disembelih.Seronok habis!!Zaman sekarang mana ada?Setakat kejar ayam di Kip Mart je mana ada adventurenya!

Tengok tu!Bukan main seronok tuan gambar ni bila dapat tangkap ayam.

   Tetapi jangan lupa, bayar dulu hutang puasa tahun lepas ye!



4 comments:

Unknown said...

fav tul kuih tat tu :D

Unknown said...

huhu,mestilah kena tempah awal.kan raya kita ni dekat2 ngan orang still kerja.dapat cuti pon bape lama.so,memang tak sempatlah nak fikir pasal raya

zul permatang badak said...

Aik.... nak raya dah ke....puasa belum lagi laa....

terliur air sirap....

NadiRah said...

thnks sudi singgah blog itik kuning tu..
nak nad reviewkan ke, or kamu nak review blog itik??
nad amat berbesaar hati... ^^
huhuhu...

sory ye syg, tenet ngah semput..
x dpt nk follow..t nad dtg blik.. ^^

Post a Comment