Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Tuesday, June 14, 2011

Kalau saya dapat RM300



   Oleh kerana semalam aku singgah rumah Kak Pah Sharifah Aini K-Poh,secara autamatik aku pun ditag olehnya untuk join contest di atas.(Lihat banner cantik tu).Oleh kerana sayangku pada Kak Pah, maka aku pun dengan rela hati tanpa paksaan sekelumit pun untuk turut menyertai.Maka inilah penyertaanku duhai Kak Pas Pah!

Syarat2 & Cara penyertaan nya mudah saja
  1. Harus follow blog Safra Sukri cantik manis dan like fanpage INTBM - DONE
  2. Masukkan dan buat satu entri bertajuk "Kalau Saya dapat RM300" post dalam bahasa melayu atau english - Inilah entry nya.Jap aku beritahu apa plan aku dengan duit RM300 tu.
  3. Masukkan sekali banner contest dan link kan terus ke blog ni _DONE
  4. Tag 1-3 orang kawan dan encourage dorang utk join sama. Sharing is Caring =) _ semua yang menjenguk ke sini ku tag macam Kak Pah buat.
  5.  Lepas dah publish entri boleh submit  link di ruangan komen ye - Jap lagi ek!
  6. Tarikh tutup penyertaan pada 15 Julai 2011 dan perlu submit penyertaan  sebelum pukul 11.59pm - (Tapi kata Cik Safra Cantik penganjur contest tarikh tu mungkin akan dipercepatkan.Sebab lama sangat jadi Cik Safra tak sabar nak beri hadiah.Susah-susah, beri jelah kat aku.
Ok.Ini plan aku kalau dapat RM300 tu

   Terus terang, dulu aku tak heran pun RM300.Tetapi anak-anak murid aku tersayang, telah membuka mataku luas-luas betapa RM300 itu membawa erti yang sangat dalam.Pengalaman yang membuka mataku itu berlaku semasa aku mula-mula bergelar seorang guru. Seorang anak muridku, telah didapati bersalah kerana tiap-tiap hari datang lewat ke sekolah.Surat amaran juga telah diberikan.Ramai guru yang melabel anak muridku itu dengan macam-macam label hanya kerana dia selalu datang lewat.

   Suatu hari ditakdirkan Allah, sewaktu dalam perjalanan pulang dari sekolah, aku terlihat anak murid aku yang selalu datang lewat itu sedang terbongkok-bongkok memakai kasut.Di sebelahnya berdiri seorang lagi pelajar lelaki.Bila ku hampiri, kedua-duanya terkejut.Setelah aku tanyakan, rupa-rupanya, kedua-duanya adalah adik beradik.Anak murid aku rupanya selalu datang lewat kerana dia terpaksa bertukar kasut dengan abangnya.Mereka hanya ada sepasang kasut sekolah dan keadaan memaksa mereka berkongsi satu kasut walau pun kasut tersebut sangat daif keadaannya.

   Sejak saat itu, aku sedar betapa beruntungnya aku.Meskipun tak kaya, namun pengalaman berkongsi kasut tak pernah aku rasai.Jadi, sekiranya aku berjaya memiliki RM300 seperti yang ditawarkan oleh Cik Safra Sukri, aku akan sedekahkan kepada anak-anak murid aku yang memerlukan.Duit RM300 itu bukan setakat untuk membeli kasut, malah tambang bas sekolah, duit belanja, duit tambang ke kelas tambahan petang dan lain-lain lagi.Aku ingin melihat senyuman di wajah mereka.(Maaf ye Cik Safra.Aku tiba-tiba emosi )

   Aku tak nak kipas-kipas Cik Safra.Kalau ada rezeki aku menang, maknanya adalah rezeki untuk anak-anak muridku.Sekurang-kurangnya aku dah mencuba.
   

    2 comments:

    azam said...

    menarik.....boleh join ni

    Kak Aya said...

    hmm mcm nak join jugak la.

    Let's have a break!