Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Thursday, June 2, 2011

Kalaulah aku ...

   Jam menunjukkan pukul 11.40 pagi.Sekejap lagi dah time makan tengah hari.Entah kenapa tiba-tiba teringin jadi budak-budak balik.Masa tu, emaklah yang sediakan makan tengah hari.Makanan mesti seimbang, ada protein, fiber dan mesti ada kuah.Biasanya ikan atau ayam dan sayur.Lepas tu emak hidang dalam dulang @ talam.Emak letak mangkuk sayur, pinggan ikan dalam dulang Kemudian, wajib ada air basuh tangan.Bila dah siap hidang, ramai-ramai keliling dulang makan sekeluarga.Bila dah habis makan, sibuk cari kain lap tangan sebab ayah mesti cari kain lap tangan dulu baru bangun.Lepas tu rutin biasa, apa lagi, basuh pingganlah.

   Sekarang, makan kadang-kadang sendiri je.Takde dah dulang atau air basuh tangan.Makan pun kat meja.Tak de dah duduk bersimpuh.Sampaikan bersimpuh sekejap je pun dah rasa semut-semut kaki.Lauk pulak tu asal ada je sebab sibuk memanjang nak masak betul-betul.Tak seronok!Kalaulah boleh aku balik ke zaman budak-budak dulu......nak google makan berhidang dalam dulang pun susah.Yang ada makan dalam dulang style nasi ambeng.Yang tu lain!


Alangkah bagusnya kalau aku jadi budak-budak balik!

2 comments:

::Mastura Zakaria:: said...

tima kasih sebab sudi singgah...sy singgah sini pulak...

RedVixen said...

yup... syok jadi budak2. tapi life must go on :)

Let's have a break!