Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Tuesday, June 7, 2011

Pergi interview pakai bikini?

    Siapa tengok Ana Lu'Lu' di TV3 pukul 9 malam tadi?Siapa yang tak tengok, taklah rugi mana sebab cerita ni biasa je.Masa tengok cerita tu tadi, aku rasa macam diperbodohkan je.Pertama, semasa babak ibu iaitu Zarina Zainuddin menjahit tu, beria mesin tu bergoyang.Iye iye o menjahit tapi baju atau kain yang dijahit tu langsung tak bergerak!Apa da!Menjahitlah betul-betul!Kalau tak reti menjahit, jahit lurus pun jadilah.Tak baik menipu tau!

   Babak kedua, semasa watak Mas nak ambik keputusan PMR.Hello!Macam tu ke pergi ambik keputusan periksa!Kalau di sekolah aku, tak pakai uniform lengkap, tak boleh ambik keputusanlah jawabnya.Sekolah lain ,tak pasti pulak aku.Tapi sekurang-kurangnya, pakailah baju yang sesuai sikit.Ini pakai t shirt dengan slack ( seluar track?)Ambik keputusan periksa, ada slipnya.Bukan setakat jumpa cikgu di tangga lepas tu terus tahu keputusan.Tak logik langsung!

    Jadi, aku nak beritahulah pada pengarah atau sesiapalah yang terlibat dengan babak-babak macam tu.Pastikanlah yang babak tu sesuai atau menggambarkan keadaan yang sebenar.Jangan ikut tafsiran sendiri je.Ibarat nak pergi interview, takkan kita nak pakai bikini kan?macam tulah seriousnya aku rasa kesilapan yang dibuat dek pengarah drama Ana Lu'Lu' tu.Apa-apa pun, aku rasa nak gelak disebabkan watak 2 pelajar masa ambik keputusan tu.Seorang baju belang.Yang baju belang tu gagal PMR agaknya.Kawan dia yang seorang lagi tu, pujuk bukan main sampaikan budak berdua ni enterframe ( betul tak aku cakap ni) dalam 3 babak.Kelakar sebab budak dua orang tu lelaki.

   Kesimpulannya, aku bagi 3.5 bintang daripada 5 bintang untuk siri pertama Ana Lu'Lu' ni.

Hero dan heroin Ana Lu'Lu; kamal Adli dan Nora Danish


Alamak!!!Pierre Andre ke pengarahnya?

Yang berderet di bawah tu, akulah pengarahnya! =)

11 comments:

shada wentz said...

skrip writer igt rakyat malaysia ni jenis boleh terima je semua. kita ada otak kan? tak logik lgsg ;p

gedek! said...

Pengarah tak buat homework....

innocentjuliet said...

ghaha ! yes teacher ! setujuu ! lagii satu ~ DAK PMR DY BESAR2 GILAA !
p/s : sy budak PMR gak ! (size ?? !)

SYARIFF HAIKAL said...

OH NORA ELENA..

kpah k-poh said...

nasib baik akak tak berlakon..kalau tak mesti kena kritik dgn pengkritik tegar nih!!! heee..

puanbee said...

memang kelakar babak pujuk2 nagis2 tu ntah apa2 je ..haaa

JARI YANG TERBARAI said...

tu yg gua malas nak nengok drama tu.. dulu ade satu cerita, si pelakon dah mati siap kapan, bleh plak waktu orang meraung nangeh2 mata mayat terkebil2... what the hell!!!

**::CIKNUURUL::** said...

ntah,.xfhm tgk cite tu,.xsuke sgt cite brbntuk cmtu,huhu,.lain org lain citarasa,kn,.

Budak Botak said...

Tengok gak tadi, ha3 yang budak lelaki dua orang tu memang lawak. Nangis x henti2 yang sorang tue...

Entry terbaru -> Gegala Wordless Wednesday Pulak Sekarang Ni Ye... (",)

k e y r i said...

haha sebab tu ler aku dah lame xlyn drama2 ni~

RedVixen said...

ohh.. x sempat nak tengok semalam. ada tahlil...

Let's have a break!