Saturday, June 11, 2011

Pertemuan dua gergasi...

 Perlawanan akhir Piala FA akan berlangsung malam ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil.Bagi mana-mana peminat yang akan ke stadium, aku harap dapat menjaga disiplin demi kemajuan sukan negara.Jangan pulak esok aku baca berita penyokong merusuh, stadium dibakar dan sebagainya.Kita adalah warga Malaysia yang bertamadun jadi buktikanlah.

   Melangkah ke perlawanan akhir pun telah dikira sebagai satu kejayaan.Maka menang atau kalah, mestilah diterima dengan hati yang terbuka.Kata orang, adat pertandingan.Takkan dua, dua jadi pemenang.Pasukan Kelantan ada Khairul Fahmi Che Mat.Pasukan Terengganu pun apa kurangnya.Kedua-dua gergasi hebat yang sama-sama kuat.

   Apa-apa pun, tahniah kepada anak buahku Ismail Faruqi Ashaari, pemain tengah Terengganu kerana berjaya hingga ke peringkat final.Masih ingat lagi zaman dia budak-budak dulu, timbang bola semasa Hari Keluarga di Kg Jeram, di rumah arwah Bak.Tahniah kerana berjaya mengharumkan nama ayah bonda dan kampung tercinta.

Gambar pinjam daripada sini.


5 comments:

solomolo said...

nak tengok pasukan mana yang menang piala...
pasukan mana yang menang sorak...

Firdaus Life said...

rasanye menang kat kelantan kot. huhu

Uji Hussein said...

tak kisahlah sape yg menang.Asalkan takde insiden gaduh etc.Malu!

senyumSOYA said...

xmou gaduh2 jugak..
go more kelate go more!!! heheheh

Jendela Hati said...

xmoh gaduh-gaduh xmoh gaduh-gaduh... main elok-elok jgn ada rusuh udah le...

Post a Comment