Saturday, June 11, 2011

Rusuhan di PUSPEN: Kerana program atau hasutan?

   Tidak puas hati dengan program tertentu dan hasutan dikatakan menjadi punca rusuhan di Pusat Pemulihan Penagihan Dadah (PUSPEN) Muar, di Bukit Gambir kelmarin.Walau apa pun program yang dimaksudkan aku harap pihak PUSPEN akan membuat post mortem agar perkara yang sama takkan berulang.Kalaulah aku tinggal berhampiran kawasan kejadian, aku pun tentu panik.Kalau dah sampai membakar dan merosakkan harta benda, itu dah kira melampau.Dahlah rugi lebih kurang RM600,000.

  Pelatih-pelatih di PUSPEN atau di mana saja sepatutnya bersyukur kerana berpeluang memperbaiki diri.Makan, minum dan tempat tinggal disediakan.Program pemulihan, motivasi dan kemahiran diberi.Kan untung tu?Cuba tinggal di negara lain?Takde siapa pun peduli hatta berumah di atas kubur sekali pun!Bagi pihak PUSPEN sendiri, kalaulah benar rusuhan disebabkan program yang mungkin entah apa-apa, atau sikap petugas PUSPEN sendiri yang tidak menyenangkan, segeralah berbuat sesuatu agar keadaan menjadi lebih baik.Komunikasi dua hala adalah amat penting. 

   Berita lanjut, rujuk di sini.


Tak payah merusuh kalau nak tahu apa ada di sebalik gambar-gambar ni, tetapi klik je.

1 comments:

Firdaus Life said...

memang mereka disana untuk pemulihan diri tapi kadang2 penjanga di puspen tu yang membuatkan mereka memberontak..

Post a Comment