Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, June 11, 2011

Ulat menyerang aku!

   Dah berapa hari entah aku nak tulis tentang benda ni tapi asyik tertangguh je.Aku rasa perlu aku tulis benda ni di samping tanya pendapat kawan-kawan bunian aku kalau-kalau mereka ada penawar pada penyakit aku ni.Sakit teruk?Hiss!!Taklah tapi teruk jugaklah bagi aku sebab ia mengganggu minda aku.Sampai susah nak blogging.(Ironi.... )

   Penyakit aku ni berkaitan dengan filem Tremors,filem tahun 1990, yang aku tonton secara tak sengaja di TV3.Dah seminggu kalau tak silap tapi di kotak fikiran aku ni asyik je terbayang binatang hodoh ala-ala ulat monster tu.Aku sebenarnya memang geli terlampau pada ulat dan yang sespesis dengannya.Sekejap-sekejap ulat hodoh besar gedabak tu tergedik-gedik depan mata aku.Alahai!Siksanya!Apa jenis fobia entah!

   Sebelum ini pun aku ada tulis entry berkaitan tentang aku tak makan nasi sebab fobia yang sama.Sekarang, perkara yang sama berlaku lagi.Sampai lemah badan aku sebab kurang makan nasi walau pun banyak makan roti.Hiii!!!Geli!Jijik!Ulat monster tu tergedik-gedik lagi dengan perutnya memboyot depan aku!Tengoklah gambar tu!



Yang ni tak nampak sangat 'keulatan'nya.
(Sorry Cikgu BM.Aku rosakkan bahasa)


Nasib baik aku tak fobia tengok pelakon filem Tremors  ni. 

(Alamak!Ulat monster tu datang lagi depan mata aku!)
Shoo!Shoo!

Nasib baik aku tak fobia dengan Churp churp aku ni.

9 comments:

Wyna Nubies said...

As Salam,

awat besaq sgt ulat tuh..huhu~
len kali tutup muka setiap kali tgk cerita yg ada ulat..xde la sampai termimpi2..haha~

wachak said...

assalam cikgu uji

Yg pic Breast cancer tu pic tipu. sdah di photoshopkan. cantuman pic breast + pic buah teratai. Ada terbaca dekat satu blog dulu. ciannyer cik uji kena fobia mcam ni.

----------------------------------

Dulu wa ni memang penakut ( hantu ) bila time malam. untuk menghindarkan diri dari fobia ni wa x tengok citer hantu kat tv sejak dari darjah 5 lagi. Jadi 2 thn lepas ada pocong berdiri di kaki katil wa jam 3 pagi. wa rasa wa bkn ngigau sebab memang sdah lama x tengok citer hantu. wa halau ( guna surah an nas ) pocong tu keluar dari bilik. sejak tu wa dah jadi berani tapi wa masih x layan citer hantu dkt tv sebab bila hantu nk jelma depan wa, wa boleh agak ianyer bukan khayalan akibat tontonan citer di tv.

Fobia ni cuma mainan perasaan. Jgn dilayan sangat perasaan itu.

Ayie said...

ulat sagu sedap dimakan.. erk..?? hahaha

kpah k-poh said...

tak geli pun..mana ada geli...tak geli lah...kan dah cakap tak geli...lariiiiiii...

Kak Aya said...

teruk betul fobia ni....kritikal dah ni.

Scarlett O'Hara said...

To Hail Amir : tau gambar tu dah diedit tapi dgn rupa berlubang2 cam tu,biji teratai pun nampak menjijikkan.Gitu juga dengan sarang lebah.Tau benda tu sarang lebah tapi geli jugak.Nak try guna petua Hail Amir @Wachak hilangkan fobialah.

Scarlett O'Hara said...

To Ayie:Ulat sagu pun spesis yg boleh membuatkan saya fobia.

Scarlett O'Hara said...

To Kak Pah: Kalau tak hilang juga fobia ni ingat nak jumpa doktorlah.Mengganggu betul!

RedVixen said...

haha... aku tengok cite ni masa darjah 6. gila takot!

Let's have a break!