Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Friday, July 8, 2011

Alamak, aku jatuh tergolek-golek...

    Semalam aku tidur awal.Dua, tiga hari sebelum tu pun aku tidur awal.Penaaaaaat sangat.Bukan badan je penat otak aku pun penat.Kalau ikutkan hati, aku nak blogwalking tapi teringat doktor kata kena jaga kesihatan maka terpaksalah aku ikutkan.Kang aku sakit, langsung tak dapat nak blogging.Kan?Kan?

    Tapi akibat tak blogging dengan aktif, aku jatuh tergolek-golek!Dari 1214 terus ke 1574!Sedihnya!Kalau macam ni macam manalah aku nak lonjakkan diri ke kurang 1000.Orang yang tak tau mungkin kata itu cuma angka tapi bagi aku ia amat penting sekali.Ibarat mengajar anak-anak murid, kalau ramai yang gagal tentulah aku susah hati.Jadi, aku kenalah kuatkan semangat balik.Tu yang aku menyibuk balik ni!


Sekurang-kurangnya bila aku blogging, hilang rindu aku pada kucingku Si Putih yang telah hilang ke mana...

2 comments:

cik-terompah said...

usaha tangga kejayaan.. go!!

AmyZana said...

huhu. ranking blog ke? sye ke 24 ribu brpe tah XD

Let's have a break!