Friday, July 8, 2011

Bersih dan jalan-jalan yang terlibat

   Hari ini semua orang berdebar-debar sebab esok 9 Julai 2011;Tarikh di mana bersih ( tak yah guna huruf besarlah sebab tak layak ) dijangka akan mengadakan perhimpunan haram.(Kalau haram, dah sah-sah tak sah di sisi undang-undang) Kononnya bersih nak cipta sejarah. Sejarah  perosak bangsa dan negara adalah.Cis! Tak sebulu betul aku.Nak cipta sejarah konon tapi sejarah negara pun tak tau!

   Akibat dari perangai entah apa-apa nak buat demo haram, akibatnya rakyat yang susah.Apa taknya kalau banyak jalan di Kuala Lumpur yang ditutup?Silap-silap hari bulan, ada ibu mengandung yang terberanak dalam kereta esok sebab jalan jem.Siapa tau kan?Jangan pulak bagi nama Ambigai anak murid aku kata ambingai. baru betul jadi sejarah!

    Nasib baik aku tinggal di Pasir Gudang.Kalau aku tinggal di Kuala Lumpur alamat memerap di rumah je lah aku esok.Betul-betul menyusahkan orang!Untuk warga KL, berikut adalah jalan-jalan yang terlibat:

Jalan-jalan yang berikut akan ditutup mulai 10 malam hari ini(8 Julai 2011) sehingga 10 malam esok(9 Julai 2011).
  1. 1.Lebuh Ampang
  2. 2.KLCC
  3. 3.Bank Negara
  4. 4.Dataran Merdeka
  5. 5.Sogo
  6. 6.Chow Kit
  7. 7.Menara Sultan Ismail
  8. 8.Masjid Negara
  9. 9.Jalan Raja Chulan
  10. 10.Jalan Ipoh
  11. 11.Sentul
  12. 12.Jalan Tuanku Abdul Rahman
  13. 13.Jalan P.Ramlee
  14. 14.Jalan Bandar
  15. 15.Subang Jaya
  16. 16.Sunway Pyramid and Subang Parade
  17. 17.The Federal Highway
  18. 18.LDP
  19. 19.The KL – Seremban Highway



Kucing pun tau marah!Grrrr!

0 comments:

Post a Comment