Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, July 23, 2011

Habislah!Virus menyerang!

   Biasanya waktu blogging, aku on juga FB.Bukan nak berFB sangat, cuma standby kalau-kalau ada anak-anak murid kesayangan aku nak tanya apa-apa soalan pada teacher dia orang ni.Baru-baru ni, riuh pasal virus menyerang FB.Adalah juga anak-anak murid aku yang beri warning;Jangan respond kalau ada sesiapa hantar mesej 'Hi!How are you?'.Aku ok je.Tak risau apa pun.

   Nak dijadikan cerita, malam semalam, aku onlah FB sekejap (sebab aku tak berapa sihat.Entry yang ada pun auto publish) Tiba-tiba aku terima mesej 'Hi!How are you?'Aku tengok yang mesej tu En.Othman Hamzah penyanyi lagu Gadis Melayu yang merupakan salah seorang teman FB aku.Aku pun, dengan ramahnya, membalas mesej tu.Eh!Tiba-tiba FB aku macam biul sekejap.Aku nak ping entry di FB pun tak boleh.Aku nak tulis di wall pun denied.Lepas tu aku nampak blogger Ellen dan aku tanya.Ellen kata, ok je.Dup!!Jantung aku berdegup.Baru aku teringat entah-entah FB aku dah kena jangkitan virus tu.

   Siang aku nak check, aku tak berapa sihat.Tambah pula hari ini ada majlis perkahwinan saudara aku.Malam ni baru aku ada masa.Mula-mula, memang FB aku masih ting tong.Tapi lama-lama, nasib baik ok balik.Tapi aku belum try ping lagi.Entah boleh entah tidak.Kalau Fb takde, kira ok lagi, tapi kalau blog yang takde alamat seperti malam tak berbintang...

Kucing ni pun kena virus.... Virus gemuk!Hehehe!!

1 comments:

Cik Ila said...

ala kesiannye...dh ramai yg terkena..
tp ade cara utk buang blk virus tu..
boleh check kt entri baru cik ila..

http://zarryn.blogspot.com

Let's have a break!